patut senyum atau nangis?

Posted by azack On Thursday, December 30, 2010 0 orang turut merapu

suka! suka! malaysia menang piala aff suzuki tu. first time aku berminat pulak nak tengok bola. first time tu jugak malaysia menang. aku bukan suka sangat pun tengok bola. kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa orang sanggup stay up pagi-pagi semata-mata nak tengok orang rebut-rebut sebiji bola. lepas da lari susah payah nak dapat bola pergi sepak pulak. pelik. tapi sebabkan piala aff suzuki tu jadi terminat pulak nak tengok. suka tengok si fahmi tu tangkap bola. cekap. then suka tengok safee tu tanduk bola masuk gol. nice. suka! suka! hehe. senyum meleret je dari semalam tengok diorang julang piala.

tapi. tak lama.

baru lepas tengok result dekat aimsweb. huhu. sedih. mahu nangis. result aku drop macam nangka busuk. sedih. tak percaya. huuuuuuu. mahu nangis. az banyak main! padan muka! tengok reslut tu. tempah je parang mana nak ibu guna untuk kejar satu kampung. wuwuwuwuwu. second time aku dapat C+ lepas electrical technology. macam mana nak grad dengan first class ni az? mood terus hilang tengok result yang sampah hampeh tu. sedih. macam tak percaya pun ada. result paling teruk dalam sejarah. masa fail sains dekat sekolah dulu pun tak sedih macam ni. masa dapat C6 biologi spm dulu pun tak sedih macam ni. ahaha~ kantoi result biologi sendiri.

tapi takpela. syukur jugak tak kena repeat az. lepas ni tak boleh banyak main lagi. kalau dapat C+ lagi lepas ni memang mogok tak nak makan terus. poyo tak? hehe.


thanks for reading!!

anak kau nanti kena panggil aku aunty az eh?

Posted by azack On Tuesday, December 28, 2010 1 orang turut merapu

pergi rumah tiny tadi buat aku terfikir-fikir. terfikir pasal nama rock aku ni. az. ayah tiny nak sebut az tu sampai tersalah-salah jadi kojack. aku ingat nama kucing dia ke kojack tu. sekali tunjuk kat aku. ahaha~ kesian orang-orang tua nak sebut nama aku. nak panggil tiqa da ramai sangat tiqa lain. terpaksala.

lepas balik tadi aku masih terfikir-fikir. nanti dah tua pun kena panggil az ke? anak aj kena panggil aku aunty az ke sebab nama aku sama dengan nama mak dia? lepas tu aku kena ajar anak aku panggil aunty aj ke biar tak confuse? lepas tu macam mana dengan uteen, kano, zack? pun kena panggil macam tu ke? aku ni  pun suka fikir yang entah apa-apa entah. suka sesakkan kepala otak dengan benda yang tak penting. haih! tapi tula. aku tetap terfikir. bila da jadi nenek nanti pun cucu aj kena panggil aku nek az ke? rock gila nama untuk orang yang umur 70++. ahaha~
malam ni nak tidur pun aku mesti terfikir. lepas tu ketawa sorang-sorang. bengong! ahaha~ (^_^)


thanks for reading!!

berdegil nak makan begedil

Posted by azack On Wednesday, December 22, 2010 2 orang turut merapu

hari ni jom belajar buat begedil daging. huhu. selama ni aku tahu makan je. buat memang tak reti. tapi sekarang da reti da. credit to my beloved mom yang tolong ajarkan. walaupun just begedil je jangan pandang rendah ye. kawan sekolah aku dulu dying nak makan benda alah ni. hehe. ok. aku tipu. takdela sampai dying pun. saja exaggerate cerita. ahaha~

ok. nak buat begedil ni senang je. kena ada kentang, daging hancur, bawang goreng, daun sup, garam, lada sulah, telur and tepung. firstly rebus kentang. bagi kentang lembut. boleh jugak goreng tapi sangatla leceh. aku tak sarankan. hehe. daging hancur tu pun kena rebus jugak. takut nanti bila kita goreng begedil tu daging still tak masak lagi. lepas kentang da lembut lenyekkan dia. lepas tu masukkan daging hancur tadi. sebelum masukkan tu lebih baik keringkn dulu daging tu dari air sebab takut kentang tadi berair. nanti tak sedap. lepas tu masukkan bawang goreng and daun sup. gaul bagi rata. lada sulah tadi kita hancurkan dulu jadi serbuk sebelum campur dalam kentang. tak pun guna je yang serbuk punya. lagi senang. jimat masa. last sekali masukkan garam. gaul lagi bagi rata.

lepas adunan dah siap gaul bentukkan dia jadi bulat-bulat. macam ni.

bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. hehe.
lepas tu kita da boleh gorengla. sebelum goreng salut dulu dengan tepung and telur. telur tu nak bagi effect golden brown. hehe. tepung tu pulak mak aku cakap kena salut sebab kalau salut telur je minyak nak goreng tu jadi berbuih-buih. susah nak goreng.

dah siap. sedap dimakan masa panas.
senang kan? senang macam ni pun umur 21 baru aku tahu buat. tak patut. tapi lepas ni da pandai confirm aku buat selalu. boleh jadi snek ni. sedap dimakan begitu saja~ (^_^)


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-daging hancur boleh jugak tukar dengan ayam

kalau kau along kau tahula

Posted by azack On Monday, December 20, 2010 1 orang turut merapu

siapa kata jadi along ni senang? memangla kadang-kadang along boleh arah itu ini. memangla kadang-kadang boleh besar kepala. tapi kadang-kadang jugak boleh jadi stress. tak percaya? buktinya.

"along nanti da kerja bila kereta besar ni. senang nak bawak satu family"

"along ni bila nak habis belajar kereta? nanti boleh bawak ibu jalan-jalan"

"kenapa kau tak tolong downloadkan kerja adik tu? dia da nak naik sekolah da tu. bila dia nak buat kerja dia tu" walaupun aku tak tahu apa-apa pasal kerja adik aku yang kena download tu. haih.

"along hari ni nak masak apa? kitorang da kebulur ni"

"along nanti da kerja bolehla belikan adik laptop pulak. senang adik nak belajar"

"along nanti tolong ambikkan report card adik eh. ibu takde"

"hari ni along pergi belikan buku sekolah adik eh. ibu kerja hari ni"

along bla bla bla.

lepas tu kadang-kadang boleh jugak jadi macam ni.

"kau bila nak belajar ha? kau cuba jangan ikut macam along kau tu. tv je kerjanya"

"kau tak payah studyla. ni alongla ni. rosakkan adik-adik dengan korea dia tu"

"kau tak tengok adik kau tu long?! macam mana dia boleh jatuh dari meja?" padahal aku takde dekat tempat kejadian.

"kau tu kan along. cubala tunjuk contoh elok sikit dekat adik-adik"

kenapa aku mesti disalahkan atas benda yang aku tak buat?

haih. along tu and ni. bla bla bla. stress kan? tapi nak buat macam mana. along kan. nak tak nak kena jugak buat. takpela bu kalau nak suruh si along ni buat itu ini. tapi yang penting si along ni nak kahwin umur 25. no objection. hee. (^_^)


thanks for reading!!

operasi membunuh cicak

Posted by azack On Thursday, December 16, 2010 1 orang turut merapu

penghuni rumah aku hari ni sangat bersemangat nak bunuh si cicak. ni semua sebab makaku baru beli racun apa entah. ada orang recommend dekat dia. terus je dia beli. dia cakap racun tu tak bahaya. kalau kena makanan pun tak apa-apa. aku pun tak tahula betul ke tak. tapi yang pasti sebab racun tu mak aku sangat bersemangat nak bunuh semutla. cicakla. lipasla. sekarang da tak payah guna lastik lagi. kerja da sangat senang. sembur-sembur je.



ni dia. mz kitchen the assistant.huhu

cecairnya pekat. so kalau nak guna kena tambah air sikit. tak meninggalkan bau busuk. so tak perlu ragu nak guna ni.


bila dah tambah air jadi macam nila. just sembur je

kenapa botol 100 plus? huhu. mak aku cakap orang kedai tu just bagi penyembur dia je. bila nak guna and tambah air kenala kreatif-kreatif sikit otak cari botol. tapi tak sangkala muat elok je penyembur tu dengan botol 100 plus tu. huhu.

untuk operasi malam ni kitorang da berjaya bunuh 3 ekor cicak. bila sembur benda ni takdela cicak tu mati immediately. mula-mula dia akan jatuh dulu sebab mabuk-mabuk. tapi still cicak tu ada keupayaan nak lari sembunyi. lepas tu baru slowly dia akan mati dekat tempat sembunyi dia tu. so bila cicak tu da jatuh cepat-cepat buang. mencabar jugakla nak buang cicak ni tadi sebab dia lari bawah sofa. angkat sofa sana dia ikut pergi sana. angkat sini pergi sini. ada jugak yang da terlepas. mak aku cakap tunggu jela sampai dia mati kering and bau busuk. ceh! kerja membunuh memang tak semudah yang disangka. tapi puas hatila. mungkin lepas ni cicak da tak berani masuk rumah aku lagi. (^_^)


thanks for reading!!

hari ni ayam tiram black pepper pulak

Posted by azack On Tuesday, December 14, 2010 0 orang turut merapu

aku memang tak tahu nak update apa cuti-cuti ni. so cerita pasal lauk hari ni jela yang aku mampu. huhu. sedih.

hari ni masak ayam tiram black pepper. sedap. ahaha~ kau tengah puji diri sendiri az. sangat tak bermoral. hik3. nak masak ayam ni senang je. resepi asal dapat dari majalah saji. guna daging. tapi aku pakai ayam. sebab masak daging lecehla. kena rebus kasi empuk dulu. fuh! penat. hee.

ok nak masak ni kenala ada ayam. bahan penting tu. sos tiram and black pepper. penting jugak tu. kalau takde tak dapatla nama tiram black pepper tu. kan? hik3. bahan lain adik-beradik bawang, cili, halia, capsicum, garam, air and tomato.

first sekali macam biasala potong bawang, halia semua. basicla tu kan. lepas tu tumis bawang and bahan tumisan lain. oh ye. ayam tu potong kecik-kecik. macam masak sup. tomato tu potong dadu. then lepas tumis-tumis sampai wangi masukkan ayam.

bila ayam da agak masak masukkan sos tiram. sos tiram ni da masin. jadi kalau nak tambah garam tu sikit jela. nanti tak memasal terlebih masin. lepas da masuk sos tiram masukkan sikit air. masukkan capsicum and black pepper. masuk sikit garam. bagi cukup syaratla. lepas tu masak sampai kuah dia jadi pekat. bila dah hampir masak masukkan tomato tadi. then tunggu few minutes. sementara tunggu boleh lap-lap dapur dulu. yang kotor-kotor. tumpah sana sini. bagi bersih.

lepas tu bolehla hidang lauk. makan panas-panas dengan nasi putih. dan dengar adik-adik puji yang lauk kita sedap. hehe. (^_^)

yumm! nila hasilnya.


thanks for reading!!

hari ni first time aku try buat puding karamel. sebenarnya aku teringin nak buat puding roti. tapi adik akula bagi runtuh semangat aku. tapi puding karamel pun bolehla. mencabar gila nak buat. ni semua sebab pengukus rumah aku yang sangat 'up-to-date'. ahaha~

resepi dia aku search je guna google. tapi yang lebih membantu cari dekat sinila. macam-macam resepi boleh cari. dari nasi ke lauk-pauk ke pencuci mulut. semua ada.

first sekali kita buat karamel dia. masak gula dengan air je. sampai jadi gula hangus. lepas tu letak dalam bekas. bagi rata.

macam ni

gaul telur dengan gula sampai kembang. aku tak retila nak detailkan nak guna berapa banyak. kalau nak buat ikutla banyak mana orang yang nak makan. kalau banyak yang macam piranha kenala guna bahan banyak sikit.

yang ni sikit je. first try. takut tak jadi.
lepas tu masak susu cair dengan vanila. vanila tu nak bagi hilang bau lembu. bak kata mak akula. lagi banyak lagi wangi. tapi jangan letak satu botol dala. masak susu jangan sampai didih

susu yang wangi. takde bau lembu. 100%

lepas tu campur susu dengan telur tadi. kacau sampai sebati. lepas da campur letak dalam pengukus. nak nampak gaya macam chef wan balut dengan aluminum foil dulu sebelum kukus. tak balut pun takpe kot. kukus 35-40 minit macam tu. sampai bahagian campuran susu tu keras.

to the pengukus
and tadaa...

yumm! sedia dihidang kepada si piranha.
yang mencabar nak buat benda ni masa nak masuk dalam pengukus mangkuk tu tak muat pulak. sengal jugak aku ni. sebelum campur tak try-try dulu mangkuk tu muat ke tak. tak memasal 40 minit jadi 2 jam 40 minit dan ++ sebab cara kukus tak efisien. tapi sebab mak akula benda ni menjadi. kalau tak sampai esok pun belum tentu dapat makan. ahaha~


thanks for reading!!

tak tahu nak letak tajuk apala.haih

Posted by azack On Saturday, December 11, 2010 1 orang turut merapu

"dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadkan di antaramu rasa kasih dan sayang. sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir"
*ar-Rum: 21

memang betul kan ALLAH da cakap. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. aku nak jadi perempuan yang baik tu. biar aku dapat lelaki yang baik tu jugak. aku nak lelaki yang baik tu boleh getarkan hati mak aku macam mak ustazah siti norbayah pilih calon menantu dia. aku jugak nak lelaki yang baik tu boleh sambut jenazah mak aku dekat kubur nanti macam yang mak aku nak.

tapi kenapa nak jadi perempuan yang baik tu susah? aku da letih. da hampir nak putus asa ni. da hampir nak tersungkur dekat tanah. menangis. hampir menjerit. aku perlu tangan lain untuk bangunkan aku balik. sedarkan aku. jagakan aku dari mimpi. sama-sama kuatkan diri untuk sampai dekat destinasi yang betul.

tolong aku ya ALLAH. tetapkan iman aku yang tipis ni. supaya aku dapat jadi perempuan yang baik dan dapat hadiah dariMU lelaki yang baik tu jugak.


thanks for reading!!

.copy dari email.

Posted by azack On Friday, December 10, 2010 0 orang turut merapu

Risalah ini bagus untuk anda semua.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin:
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..


5. BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT
Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL
i) Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
i) Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR
i) Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR
i) Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas. Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas tangan kiri dan kanan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit tapak kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit tumit kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa panas di tapak kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal-gatal di celah kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.


E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH
i) Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
b) SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-jangan marah bila sakit. banyak tanda yang badan kena repair.

.macam betul je.

Posted by azack On Tuesday, December 7, 2010 2 orang turut merapu

"have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?"

*5 tahun 5 bulan

dah lama habis novel ni aku baca. time aku masih rajin nak baca novel. sekarang da tak minat da. penat. baca komik je aku rajin sekarang. lagipun aku minat hlovate je. novelis lain kurangla. klise. huhu. bila adik aku yang baca novel tu sekarang baru aku perasan ayat dekat atas tu. macam kena dekat batang hidung sendiri je. ahaha~ dulu aku tak dalam situasi ni. so tak ambik peduli sangatla. sekarang tak tahula. macam betul je.

kenapa ye rejection tu menyakitkan? kenapa rejection tu jugak susah nak handle? ada tak rejection yang melegakan? huhu.


thanks for reading!!

.tajamla kau ni.

Posted by azack On Monday, December 6, 2010 0 orang turut merapu

semalam aku ikut ibu tersayang pergi beli barang dapur. biasala ibu aku tu. sebelum pergi da tanya siapa yang nak tolak troli ni sama tengok tepat dekat muka aku. ok. aku tahu jawapannya. huhu.

bukan aku nak cerita betapa seronoknya aku dapat tolak troli penuh barang tu. aku nak cerita pasal pisau. ibu tersayang aku tula nak beli pisau baru. pisau lama tu boleh pulak dia tinggal dekat rumah orang lepas rewang. aku pun testla bukak pisau tu dari sarung. nak tengok tajam ke tak. tajam. berkilat-kilat lagi. ok. passla tu. aku pun nak masukkan balik pisau tu dalam sarung dia. then pisau tu dengan selambanya makan tangan aku. cis. berdarah tapak tangan aku. sakit pulak tu. gila pedih. belum sempat rasmi lagi pisau tu dekat bawang tapak tangan aku yang rasmikan dulu. haih.

masuk tu da 3 kali tangan kiri aku jadi mangsa pisau. satu dekat jari kelingking. masa sahur bulan puasa hari tu potong bawang putih. satu dekat ibu jari. masa malam raya tengah potong daging. satu lagi semalam tu. dekat tapak tangan. aku rasa pisau memang benci gila dekat aku. asyik nak potong tangan aku je. gila kejam pisau tu. sekarang ni da tak nak pegang pisau lagi. berdendam je aku dengan pisau ni.

sekarang ni nak makan limau pun aku suruh adik aku potong. aku memang da malas. tapi boleh bagi alasan fobia pisau. takla nampak sangat aku malas. ahaha~ terima kasih jugakla dekat pisau.


thanks for reading!!

.amazing.

Posted by azack On Saturday, December 4, 2010 0 orang turut merapu

Oh, her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day

Yeah, I know, I know, when I compliment her she won't believe me

And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look ok, I say

When I see your face, there's not a thing that I would change

Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are(yeah)

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she let me

Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her every day

Oh, you know, you know, you know, I'd never ask you to change

If perfect's what you're searching for then just stay the same
So, don't even bother asking if you look ok
You know I'll say

When I see your face, there's not a thing that I would change

Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are
The way you are, the way you are
Girl you're amazing, just the way you are

When I see your face, there's not a thing that I would change

Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Cause girl you're amazing, just the way you are. Yeah


*bruno mars

suka lagu ni. kan best kalau ada yang nyanyi untuk aku. memang aku senyum sepanjang harila. sesiapa tolongla nyanyi untuk aku. (^_^)


thanks for reading!!

aku sudah selamat sampai rumah. yeay! da lama aku tunggu ni. sekarang semangat aku mintak izin nak pergi merantau ke jepun. takpe. aku izinkan. pergila cik semangat. ahaha~

seronok memangla seronok dapat balik rumah. walaupun aku boleh kata tiap-tiap minggu pun balik. bukan aku homesick. tapi mak aku tu. tak balik seminggu je call tanya bila nak balik. aku tak nakla jadi anak derhaka. kenala balik kan. ahaha~

tapi rasa macam nak tepuk kepala sekarang. dah duduk dekat rumah pun kepala otak aku ni ngada-ngada nak fikir pasal orang dekat u tu. memang sungguh gedik dia. bangun tidur orang itu jugak yang nak diingat dulu. kenapa ye? kenapa mesti orang itu yang perlu diingat? tak mahula cik otak. tak mahu ingat dekat orang itu. mahu benci orang itu. orang itu buat jiwa aku kacau. nak study hari tu pun dia da ambik memori otak aku almost 70%. payah betul. tak sukala.

cik otak. boleh tak esok pagi tak ingat orang itu dulu? bolehla ye. (^_^)


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-hari ni birthday cik nurul atiqah najlaa. happy birthday ye nurul atiqah najlaa. hadiah tunggu naik sem ye. ahaha~

.sudah rindu pada mereka.

Posted by azack On Tuesday, November 30, 2010 2 orang turut merapu

rindu
bila nak dapat balik rumah ni?
mahu gelak kuat-kuat dengan mereka


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-mood balik da sampai

.wash it.

Posted by azack On 0 orang turut merapu

i wish the rain will come
so that the rain will wash away all the feelings inside my heart

i wish the rain will come
so that the rain will wash away every single thing that running through my mind

i wish the rain will come
so that the rain will take away the pain i felt in my stomach

i wish the rain will come
so that the rain will wipe away my tears

i wish the rain will come
oh how i wish the rain will come


thanks for reading!!

.cik semangat tolongla datang balik.

Posted by azack On Monday, November 29, 2010 0 orang turut merapu

semangat aku makin hari makin hilang. huh. mana dia merantau pun tak tahula. ni semua sebab exam yang lambat sangat nila. orang lain semua da pakat-pakat balik da. ada yang da habis exam hari ni. semalam. hari tu. kelmarin. haish. aku je. aku je yang tak habis-habis lagi. masih mengadap nota-nota dan buku. oh. sungguh tak adil utm. asyik fakulti aku je yang habis exam lambat. benci! semangat aku pun merajuk tengok orang lain da mengemas. beli tiket balik. simpan barang dalam stor. kenapala utm sangat kejam dengan aku? kalau dia letak exam hari ni kan aku da boleh berbahagia. ketawa riang suka hati sebab exam dah habis. dah boleh balik and makan sedap-sedap + free dekat rumah. dah boleh kenakan si fifi yang masih belum habis exam stpm dia. tension begini. haih. semangat tolongla datang balik. i really need you. sampai hari rabu je cik semangat. lapas tu kalau nak merantau pergi jepun pun aku tak kisah.


thanks for reading!!

.stop.

Posted by azack On Sunday, November 28, 2010 0 orang turut merapu

kepada engkau. ya! engkau yang mungkin membaca entri ini. kalau kau memang tak suka aku jangan layan aku baik sangat. aku tak suka. dont be soooo nice to me. i hate it. dont give any hope. i dont need it. tolongla. janganla buat baik dengan aku macam tu lagi. i hope our story will end forever. fullstop. jangan buat aku benci kau. jangan rosakkan apa yang da ada. tak nak bermusuh dengan siapa-siapa. tolongla. aku tak nak sakit tu datang lagi. please. stop treating me like that. if you really dont like me.


thanks for reading!!

.eh mana boleh sama.

Posted by azack On Tuesday, November 23, 2010 2 orang turut merapu

semalam waktu aku dan mereka tengah berehat lepas study kami pun berborak-borak. biasala tu. kalau tengah study pun lagi banyak borak. topik perbualan kami dari mana kami dapat nama.

"macam mana nama kau boleh jadi bibie narhayu?"

"bibie tu dari nama anak patung sepupu aku. narhayu tu gabungan nama emak and ayah aku. ayub and na."

emm. boleh terimala. alasan kukuh. tapi. tiba-tiba.

"ha. nak tahu kenapa nama aku nurul sakinah?"

"kenapa?" penuh minat.

"sebab aku lahir hari khamis."

kami: ???????

kami ketawa kuatla. emm. ada kena mengena ke tu? tak boleh fikirla apa kaitan dia. khamis dan sakinah. emm. masih tak boleh fikir lagi apa kaitan dia. cuba korang bayangkan dekat malaysia ni nama manusia letak sebab hari kita lahir. maknanya ada 14 je nama manusia dekat malaysia ni. 7 untuk lelaki. 7 untuk perempuan. emm. lucula. mana boleh kan. macam akula. nama aku atiqah. aku lahir hari selasa. mana boleh semua orang lahir hari selasa nama sama dengan aku. ye tak? emm.


thanks for reading!!

.tag cik na.

Posted by azack On Saturday, November 20, 2010 3 orang turut merapu

benda yg paling pnting dalam hidup korang
buat masa ni mungkin kunci bilik. sebabnya da dua kali tertinggal kunci dalam bilik yang terkunci. eh! pening tak? huhu. kunci spare kat bilik kunci pun takde. susah nak cari orang yang boleh bukak bilik kalau terkunci.

benda terakhir yg dibeli guna duit korang
makan tengahari tadi kot.

dimanakah tmpat korg akan melangsungkn perkahwinan korg dan temanya
of course rumah sendiri. nak buat dekat hotel mahal bai. bazir je. tema putih. biar tetamu confuse yang diaorang datang tu majlis kahwin atau majlis orang mati. ahaha~

adakah korg sedang bercinta skrg nie
tak pasti. mungkin baru lepas putus cinta.

berapa lama korg akan mncintai kekasih korg
sampai aku boleh basuh, sental dan clorox dia dari hati aku. mustahil kan? so sampai bila-bila kot aku akan cintakan dia.

dimanakah korg salu jumpa kekasih korg
kawasan sekitar johor bahru sahaja.

novel/buku/majalah terakhir yg korg beli
komik baru. 2 biji. hertambah sudah koleksi komik dekat rumah. huhu.

apakah nama penuh korg
atiqah binti zamani. seperti tertera di ic.

antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra
emak kot. tapi sebenarnya aku tak pandai nak mesra-mesrakan diri dengan mereka.

namakn org yg btul2 korg nk jumpa dalam hidup korg
Rasulullah. aku tak main-mainla.

adakah korg basuh baju korg sndiri..
mestila. tapi dibantu oleh cik washing machine.

dimanakah tmpat yg btul2 korg nk pegi..
syurga. semoga aku boleh dan layak untuk sampai dekat sana.

pilih salah satu, peluk atau cium
nak pelukla. sebab peluk boleh hangatkan perasaan and boleh share perasaan dengan orang lain. huhu. pelik tak jawapan macam ni?

beritahu 3 benda tntg org yg tag korg
dia tengah tunggu masa nak kahwin. kot. ahaha~ dia lebih rajin dari aku. and dia tinggal dekat ktdi.

5 benda yg plg disayangi dalam hidup anda
komik-komik aku. brooch yang sekotak tu. tudung-tudung aku. eh! tak cukup 5 pulak. boleh ke?

lagu yg paling anda suka dgr dan salu dgr
buat masa ni mungkin menyesal from 6ixth sense.

bila tarikh lahir dan kat mana korg smbut tahun lepas
4 julai 1989. tahun lepas sambut dekat rumah. ibu masakkan soto. sedap and sangat terharu dengan beliau.

5 rakan blogger yg anda nk tag
azza
ainul
kak tee
kano
zara


thanks for reading!!

.you.

Posted by azack On 1 orang turut merapu

I just don’t know where to start. since that morning same question keep running through my head. I don’t know the answer. I don’t know how to explain. my head is exploding. my heart is cracking. i want to scream. i want to cry. i want somebody that can lend me his shoulder and tell me everything are okay like you always do. i want to be strong but everything I do remind me of you. i know you were crying there. i just don’t know what to do. i cant even think and keep talking things that break your heart. im so sorry.

those messages you sent its not that I don’t want to reply it. but I cant reply it. I don’t know what to say to make everything seem okay. you asked me to put all the blame on you. no. im the one who should be blame. im the one who screwed things up. im the one who broke our promises. I love you. I love you. even I keep saying it trillion times the situation still change. it just not same as before. just forget about me dear.

to mohamad razif abd aziz. sorry for making you cry. sorry for breaking your heart. sorry for everything.


thanks for reading!!

.ini baru betul 25.

Posted by azack On Thursday, November 11, 2010 4 orang turut merapu


1. orang panggil aku azack.
2. azack stands for atiqah zamani. ramai yang tanya ni.
3. aku makan tiap-tiap masa. serius. tak tipu.
4. ajib panggil aku doraemon sebab aku gemuk. tak kisah.
5. aku suka gelak kuat-kuat.
6. aku tak suka orang sendawa kuat-kuat. tak sopan.
7. white is my color.
8. suka benda yang colorful jugak.
9. tak suka makan kek. tapi teringin nak belajar buat kek.
10. suka komik. tak suka novel.
11. air epal suka. buah epal tak suka.
12. laici sedap. tembikai pun sedap.
13. suka menulis dari menaip. tapi tak suka tulis jawapan exam.
14. tulis huruf sebiji-sebiji.
15. ais krim lebih sejuk lebih sedap. eh! memangla kan.
16. suka duit. mata duitan je senang cerita.
17. suka fizik dari biologi. biologi tak best!
18. rajin tidur dan membuang masa.
19. cepat bosan dengan handset sedia ada. kalau boleh nak tukar tiap-tiap bulan.
20. tak banyak cakap dengan orang yang baru kenal. segan.
21. nak exam lagi 2 3 hari. tapi sempat jawab tag orang.
22. obses terhadap dean list dan first class.
23. umur 23 nanti aku grad. insyaAllah.
24. bukan umur 24 aku kahwin.
25. 25 januari adala birthday senior yang aku minat.

ambik kau. ni baru betul 25. za. aku da tunaikan tanggungjawab. jadi aku mahu tag mereka



thanks for reading!!

.entri wifi.

Posted by azack On Wednesday, November 10, 2010 2 orang turut merapu

aku tertinggal broadband aku dekat rumah. nyanyuk. macam mana nak online. memangla broadband aku sekarang perangai dia ala-ala berukband. tapi still nak online macam mana. sedih.

tapi kan.

sedih terubat. sebab boleh juga online guna wifi. ahaha~ kagum jugak. sebelum ni jangan harapla nak dapat. suka! suka! jadi ini entri pertama guna wifi. walaupun lambat jugak. tapi bolehla setakat nak hilangkan ngantuk baca buku. kita kena bersyukur kan?


thanks for reading!!

.nak cakap sikit boleh?.

Posted by azack On Friday, November 5, 2010 1 orang turut merapu

aku tahu aku pun bukan baik sangat. tak sempurna juga. tak alim mana. tak bagus mana. tapi kan aku ni tak berapa nak sukala tengok situasi macam ni.

aku tak berapa sukala tengok orang yang sengaja je lambat-lambatkan solat. bila dah hujung-hujung waktu baru nak kelam kabut ambik air sembahyang and bentang sejadah segala. lagi aku tak boleh terima bila habis je solat dah boleh terus solat waktu seterusnya. seriously aku tak berapa nak gemar. kadang-kadang tu ada juga yang dah hujung-hujung waktu baru terhegeh nak ambik tuala nak mandi dengan alasan tak selesa solat panas-panas ni. tapi tengok jam lagi 15 minit nak azan maghrib. nak mandi lagi da berapa minit. confirmla solat asar pun boleh terlepas.

waktu aku tengah uzur aku memang selalu mandi waktu maghrib. take time lama-lama. sebab assume orang lain tengah solat. tapi dari dalam toilet boleh juga aku dengar orang merungut orang dalam toilet mandi lama sangat. nak solat takut tak sempat. dah tahu nak solat tak sempat kenapa tak mandi sebelum azan maghrib. ni tak. dah dengar dah azan maghrib tapi sempat lagi nak layan facebook. tak cepat-cepat pun pergi mandi. tulis komen dekat facebook lagi penting dari solat maghrib. nanti bila dah hujung maghrib baru nak beratur untuk mandi. memangla tak sempat nak solat. aku macam panas je dalam toilet sebab nikmat mandi da terencat.

aku tahu aku pun bukan baik mana nak tegur orang. bukan habis-habis azan terus pergi solat. tapi takdela sampai hujung waktu baru nak solat. bukan aku cakap aku bagus. kadang-kadang diri sendiri pun buat salah jugak. tapi jomla sama-sama ubah diri. kalau solat tak jaga macam mana nak dapat result bagus. kalau semua solat pun qada' je macam mana ALLAH nak makbul doa kan? solat tu perkara pertama dihitung dekat akhirat nanti. ingat tu. aku buat entry ni pun untuk ingatkan diri sendiri. biar diri sendiri tak buat balik perangai tak elok. jomla kita sama-sama berubah.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-maaf kalau entry mengguris hati.

.cubaan.

Posted by azack On Thursday, October 28, 2010 0 orang turut merapu

"wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH bersama orang yang bersabar"

al-baqarah-153

sabar azack. semuanya ujian. DIA maha mengetahui. ada hikmah yang baik menanti INSYAALLAH.


thanks for reading!!

.bila si pendengar masalah bagi masalah.

Posted by azack On Tuesday, October 26, 2010 0 orang turut merapu

kau memang jenis suka mengadu. suka mengadu masalah dekat boyfriend kau. apa je masalah. dari masalah roomate kau berdengkur mengalahkan singa menderam. ke masalah senggugut kau yang boleh buat isi perut terkeluar. ke masalah kawan kau yang suka keluarkan kata-kata 'mulia'. ataupun masalah mak ayah kau yang suka gaduh pasal kereta. tak pun masalah sakit kepala kau yang boleh buat kepala kau nak meletup. sampai ke masalah kau takut kena marah dengan pengarah projek pun kau cerita. semua kau ngadu dekat dia. kau rasa kau boleh lega bila kau cerita semua dekat dia. walaupun dia takde pun tolong kau selesaikan masalah tu.

tapi. bila situasi macam ni yang jadi.

kau gaduh dengan dia. macam-macam masalah timbul antara korang. kau nak cerita dekat siapa? kau nak ngadu dekat siapa? lepas tu masalah lain pulak yang datang. dan kau teringin nak ngadu dekat dia. tapi ego kau besar macam bapak gajah. kau rasa dia yang salah. kau rasa kau yang betul. kau nak dia pujuk kau. kau nak buat macam mana? kau rasa macam nak nangis nak luahkan semua. tapi takde orang yang nak dengar. and masa tu jugak kau harap dia ada depan mata kau untuk lap air mata kau. lepas tu kau tahu dia demam. tapi kau buat bodoh je tak nak ambik tahu. kau cuma pesan dekat dia makan ubat je.

haish!

aku benci perasaan macam ni. aku tak nak perasaan macam ni. aku nak buang perasaan ni jauh-jauh tapi tak mampu. aku nak faham dia tapi aku ego. aku nak dengar masalah dia tapi aku buat pekak. aku nak berbaik dengan dia tapi aku masih nak marah. aku nak dia cepat sembuh tapi aku jugak yang buat dia sakit.

kejam ke aku?


thanks for reading!!

.eb is not for energy balance.

Posted by azack On Friday, October 22, 2010 0 orang turut merapu

entri aku sejak akhir-akhir ni aku perasan asyik emo je. aku pun tak tahu pasal apa. tapi aku memang tengah emo je sekarang ni. kadang-kadang rasa nak nangis. kadang-kadang pulak rasa nak jerit kuat-kuat. kadang-kadang yang lain rasa nak marah semua orang. emo kan aku. gila emo. kadang-kadang rasa nak lempang je diri sendiri. macam mana nak tolong balancekan emosi aku yang tak berapa nak balance ni. someone needs to teach me this subject. eb. emotion balance.


thanks for reading!!

.not in the right mood.

Posted by azack On Thursday, October 21, 2010 2 orang turut merapu

dah 3 hari hati rasa sakit
kenapa sakitnya tak surut-surut
dah 3 hari hati rasa pilu
kenapa pilunya tak surut-surut
dah 3 hari hati rasa marah
kenapa marahnya tak surut-surut

kalau dia ada dekat tempat aku sekarang
berapa hari agaknya hati dia rasa macam hati aku
kalau dia ada dekat tempat aku sekarang
masih boleh ke dia ingat dekat aku lagi
kalau dia ada dekat tempat aku sekarang
sama besar ke ego dia dengan ego aku

dah 3 hari berlalu
kenapa lambat sangat nak sampai 2 bulan


thanks for reading!!