entri 7 ramadhan

Posted by azack On Tuesday, July 16, 2013 0 orang turut merapu

assalamualaikum..

da lama rasanya tak menulis dekat blog ni. bila baca balik entri dulu-dulu rasa macam nak gelakkan diri sendiri. aku rasa mesti orang fikir aku ni entah apa-apa. ok lepas ni aku berazam nak arkibkan terus entri dulu-dulu tu. kui3.

hari ni da 7 Ramadhan. terasa cepat sangat masa berlalu. tak terasa pun da seminggu berpuasa. orang lain seminggula. aku ni baru berapa hari entah puasa. kah3. kantoikan diri sendiri tak puasa. masa makin cepat berjalan. tapi aku masih lagi sibuk fikir masa depan yang masih kelabu. eh. aku rasa mungkin masih hitam. banyak benda aku plan. tapi semuanya macam tak berapa nak menjadi. orang lain sibuk da jadi engineer, da nak grad untuk post-grad. tapi aku masih lagi merangkak cari jalan. mak aku pun da start bising da tak tahu aku nak jadi apa. maaf emak. anakmu masih belum boleh diharap. -_-'

perancangan dua bulan akan datang aku nak sambung master. application semua da hantar. offer letter pun da dapat. tapi bila fikir balik nak sambung belajar ni pakai duit banyak rasa macam nak terbantut plan tu. lepas tu bila fikir nak kerja je takde pulak kerja nak lekat. bila tengok kawan-kawan senang je dapat kerja best-best aku terfikir apa kriteria yang kena ada untuk dapat kerja. takde beza pun aku dengan diorang tu. sijil sama dari UTM. degree pun sama. yang beza pun cuma pointer jela. tapi takdela jauh sangat pun beza pointer tu. penat aku fikir benda tak penting then aku fed up. hahaha. then aku malas nak fikir lagi. lepas tu aku masih lagi dekat tempat sama. tak berubah satu tapak pun. kesiannnnn sangat dekat diri sendiri.

aku berharap sangat sempena bulan Ramadhan ni aku dapat cahaya petunjuk yang terbaik dari Yang Dekat Atas. kawan-kawan sila doakan aku dan masa depan aku. huhu.


thanks for reading!!

pointless

Posted by azack On Monday, April 8, 2013 0 orang turut merapu

i miss you.
i miss our moment.
i miss the time when i'm with you.
i miss the time when you are so afraid of losing me.
i miss you.
i just miss you.

post ahad

Posted by azack On Sunday, February 24, 2013 0 orang turut merapu

Ya Allah..
Aku ingin mengadu padaMu..
Tentang rasa sakit ini..
Tentang rasa sedih ini..
Allah..
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui..
Hanya Engkau yang Maha Memahami..

Ya Allah..
Andai rasa sakit ini dapat membahagiakan mereka..
Andai rasa sakit ini dapat menggembirakan mereka..
Aku redha Ya Allah..
Aku terima segala ketentuanMu Ya Allah..

Ya Allah..
Biarkanla aku yang merasa kesakitan itu..
Biarkanla aku yang terus sengsara..
Biarkanla aku yang terus terluka..
Asalkan aku tidak menyakiti hati wanita lain..
Asalkan aku tidak melukai perasaan wanita lain..

Ya Allah..
Andai air mata ini mampu menebus segala kesalahanku..
Biarkanla aku terus menangis..
Biarkanla aku terus merasa sakit Ya Allah..
Andai kesakitan itu mampu menjadi kafarah atas segala dosaku padaMu..

Ya Allah..
Aku mohon kekuatan dariMu..
Untuk aku mengharungi perjalanan hidupku yang masih panjang..
Kau berila aku petunjukMu agar aku tidak terus tersasar dari jalanMu..
Hanya Engkaula tempat aku memohon pertolongan..


thanks for reading!!

wordless wednesday #2

Posted by azack On Wednesday, January 2, 2013 0 orang turut merapu



thanks for viewing!!

entri pertama 2013

Posted by azack On Tuesday, January 1, 2013 0 orang turut merapu

da masuk tahun 2013 da. pejam celik pejam balik then celik balik da sampai pun tahun baru lagi. umur pun da makin meningkat. rasa macam baru semalam je masuk sekolah tadika. hahaha. over sangat.

apa-apa pun aku nak ucap selamat tahun baru dekat semua yang membaca entri ini. semoga 2013 ini menjanjikan yang terbaik buat anda semua dan aku jugak.

2012 pergi dengan 1000 cerita suka dan duka. half of me hope that 2012 will never end. but the other half of me hope 2012 had never come. walau macam mana aku harap pun 2012 da pun berlalu. semua pahit manis yang berlaku sepanjang 2012 takkan aku lupa. dia bagi aku macam-macam pengalaman yang aku tak pernah bayang pun akan dapat. pengalaman yang mungkin akan lebih mematangkan aku yang sememangnya tak berapa matang ni. kui3.

so bila masuk tahun baru kan mesti orang akan cerita pasal azam baru. aku macam tahun-tahun lepas jugakla. mana pernah nak pasang azam sangat. azam bodoh-bodoh je selalu aku buat. memang hampeh sangatla aku ni. entah macam manala nak jadi matang. kui3. tapi apa-apa pun aku tetap mengharap yang terbaik dari ALLAH untuk 2013 ni. semua orang pun mesti harap macam tu kan. so aku harap ALLAH akan berikan yang terbaik untuk kita semua.

happy 2013 to all. yang ada azam tu jangan lupa tunaikan. jangan nak ngelat-ngelat je. (^_^)


thanks for reading!!