berdegil nak makan begedil

Posted by azack On Wednesday, December 22, 2010 2 orang turut merapu

hari ni jom belajar buat begedil daging. huhu. selama ni aku tahu makan je. buat memang tak reti. tapi sekarang da reti da. credit to my beloved mom yang tolong ajarkan. walaupun just begedil je jangan pandang rendah ye. kawan sekolah aku dulu dying nak makan benda alah ni. hehe. ok. aku tipu. takdela sampai dying pun. saja exaggerate cerita. ahaha~

ok. nak buat begedil ni senang je. kena ada kentang, daging hancur, bawang goreng, daun sup, garam, lada sulah, telur and tepung. firstly rebus kentang. bagi kentang lembut. boleh jugak goreng tapi sangatla leceh. aku tak sarankan. hehe. daging hancur tu pun kena rebus jugak. takut nanti bila kita goreng begedil tu daging still tak masak lagi. lepas kentang da lembut lenyekkan dia. lepas tu masukkan daging hancur tadi. sebelum masukkan tu lebih baik keringkn dulu daging tu dari air sebab takut kentang tadi berair. nanti tak sedap. lepas tu masukkan bawang goreng and daun sup. gaul bagi rata. lada sulah tadi kita hancurkan dulu jadi serbuk sebelum campur dalam kentang. tak pun guna je yang serbuk punya. lagi senang. jimat masa. last sekali masukkan garam. gaul lagi bagi rata.

lepas adunan dah siap gaul bentukkan dia jadi bulat-bulat. macam ni.

bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. hehe.
lepas tu kita da boleh gorengla. sebelum goreng salut dulu dengan tepung and telur. telur tu nak bagi effect golden brown. hehe. tepung tu pulak mak aku cakap kena salut sebab kalau salut telur je minyak nak goreng tu jadi berbuih-buih. susah nak goreng.

dah siap. sedap dimakan masa panas.
senang kan? senang macam ni pun umur 21 baru aku tahu buat. tak patut. tapi lepas ni da pandai confirm aku buat selalu. boleh jadi snek ni. sedap dimakan begitu saja~ (^_^)


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-daging hancur boleh jugak tukar dengan ayam

2 orang turut merapu:

~anchor~ said...

sebagai org johor wajib suke bnda ni!!!
ad kaitan ke?

nizzys said...

aku ske bnde ni...aja aku nak wattt..huu

Post a Comment

bagi respon