suka! suka! malaysia menang piala aff suzuki tu. first time aku berminat pulak nak tengok bola. first time tu jugak malaysia menang. aku bukan suka sangat pun tengok bola. kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa orang sanggup stay up pagi-pagi semata-mata nak tengok orang rebut-rebut sebiji bola. lepas da lari susah payah nak dapat bola pergi sepak pulak. pelik. tapi sebabkan piala aff suzuki tu jadi terminat pulak nak tengok. suka tengok si fahmi tu tangkap bola. cekap. then suka tengok safee tu tanduk bola masuk gol. nice. suka! suka! hehe. senyum meleret je dari semalam tengok diorang julang piala.
tapi. tak lama.
baru lepas tengok result dekat aimsweb. huhu. sedih. mahu nangis. result aku drop macam nangka busuk. sedih. tak percaya. huuuuuuu. mahu nangis. az banyak main! padan muka! tengok reslut tu. tempah je parang mana nak ibu guna untuk kejar satu kampung. wuwuwuwuwu. second time aku dapat C+ lepas electrical technology. macam mana nak grad dengan first class ni az? mood terus hilang tengok result yang sampah hampeh tu. sedih. macam tak percaya pun ada. result paling teruk dalam sejarah. masa fail sains dekat sekolah dulu pun tak sedih macam ni. masa dapat C6 biologi spm dulu pun tak sedih macam ni. ahaha~ kantoi result biologi sendiri.
tapi takpela. syukur jugak tak kena repeat az. lepas ni tak boleh banyak main lagi. kalau dapat C+ lagi lepas ni memang mogok tak nak makan terus. poyo tak? hehe.
thanks for reading!!
0 orang turut merapu:
Post a Comment
bagi respon