operasi membunuh cicak

Posted by azack On Thursday, December 16, 2010 1 orang turut merapu

penghuni rumah aku hari ni sangat bersemangat nak bunuh si cicak. ni semua sebab makaku baru beli racun apa entah. ada orang recommend dekat dia. terus je dia beli. dia cakap racun tu tak bahaya. kalau kena makanan pun tak apa-apa. aku pun tak tahula betul ke tak. tapi yang pasti sebab racun tu mak aku sangat bersemangat nak bunuh semutla. cicakla. lipasla. sekarang da tak payah guna lastik lagi. kerja da sangat senang. sembur-sembur je.



ni dia. mz kitchen the assistant.huhu

cecairnya pekat. so kalau nak guna kena tambah air sikit. tak meninggalkan bau busuk. so tak perlu ragu nak guna ni.


bila dah tambah air jadi macam nila. just sembur je

kenapa botol 100 plus? huhu. mak aku cakap orang kedai tu just bagi penyembur dia je. bila nak guna and tambah air kenala kreatif-kreatif sikit otak cari botol. tapi tak sangkala muat elok je penyembur tu dengan botol 100 plus tu. huhu.

untuk operasi malam ni kitorang da berjaya bunuh 3 ekor cicak. bila sembur benda ni takdela cicak tu mati immediately. mula-mula dia akan jatuh dulu sebab mabuk-mabuk. tapi still cicak tu ada keupayaan nak lari sembunyi. lepas tu baru slowly dia akan mati dekat tempat sembunyi dia tu. so bila cicak tu da jatuh cepat-cepat buang. mencabar jugakla nak buang cicak ni tadi sebab dia lari bawah sofa. angkat sofa sana dia ikut pergi sana. angkat sini pergi sini. ada jugak yang da terlepas. mak aku cakap tunggu jela sampai dia mati kering and bau busuk. ceh! kerja membunuh memang tak semudah yang disangka. tapi puas hatila. mungkin lepas ni cicak da tak berani masuk rumah aku lagi. (^_^)


thanks for reading!!

1 orang turut merapu:

Miss Yop.. said...

caya la...
ley buat acara tahunan family nie..hehe

Post a Comment

bagi respon