tak tahu nak letak tajuk apala.haih

Posted by azack On Saturday, December 11, 2010 1 orang turut merapu

"dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadkan di antaramu rasa kasih dan sayang. sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir"
*ar-Rum: 21

memang betul kan ALLAH da cakap. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. aku nak jadi perempuan yang baik tu. biar aku dapat lelaki yang baik tu jugak. aku nak lelaki yang baik tu boleh getarkan hati mak aku macam mak ustazah siti norbayah pilih calon menantu dia. aku jugak nak lelaki yang baik tu boleh sambut jenazah mak aku dekat kubur nanti macam yang mak aku nak.

tapi kenapa nak jadi perempuan yang baik tu susah? aku da letih. da hampir nak putus asa ni. da hampir nak tersungkur dekat tanah. menangis. hampir menjerit. aku perlu tangan lain untuk bangunkan aku balik. sedarkan aku. jagakan aku dari mimpi. sama-sama kuatkan diri untuk sampai dekat destinasi yang betul.

tolong aku ya ALLAH. tetapkan iman aku yang tipis ni. supaya aku dapat jadi perempuan yang baik dan dapat hadiah dariMU lelaki yang baik tu jugak.


thanks for reading!!

1 orang turut merapu:

:: سكينة :: said...

setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan, dosa... setiap orang pasti ada zaman jahiliahhnya... kita tak mampu nak kembali ke masa lalu dan merubah diri kita yang lalu menjadi baik...
tapi, kita boleh memperbaiki diri kita pada masa ini, untuk menjadi lebih baik... sama2 berusaha ya!

Post a Comment

bagi respon