.nak cakap sikit boleh?.

Posted by azack On Friday, November 5, 2010 1 orang turut merapu

aku tahu aku pun bukan baik sangat. tak sempurna juga. tak alim mana. tak bagus mana. tapi kan aku ni tak berapa nak sukala tengok situasi macam ni.

aku tak berapa sukala tengok orang yang sengaja je lambat-lambatkan solat. bila dah hujung-hujung waktu baru nak kelam kabut ambik air sembahyang and bentang sejadah segala. lagi aku tak boleh terima bila habis je solat dah boleh terus solat waktu seterusnya. seriously aku tak berapa nak gemar. kadang-kadang tu ada juga yang dah hujung-hujung waktu baru terhegeh nak ambik tuala nak mandi dengan alasan tak selesa solat panas-panas ni. tapi tengok jam lagi 15 minit nak azan maghrib. nak mandi lagi da berapa minit. confirmla solat asar pun boleh terlepas.

waktu aku tengah uzur aku memang selalu mandi waktu maghrib. take time lama-lama. sebab assume orang lain tengah solat. tapi dari dalam toilet boleh juga aku dengar orang merungut orang dalam toilet mandi lama sangat. nak solat takut tak sempat. dah tahu nak solat tak sempat kenapa tak mandi sebelum azan maghrib. ni tak. dah dengar dah azan maghrib tapi sempat lagi nak layan facebook. tak cepat-cepat pun pergi mandi. tulis komen dekat facebook lagi penting dari solat maghrib. nanti bila dah hujung maghrib baru nak beratur untuk mandi. memangla tak sempat nak solat. aku macam panas je dalam toilet sebab nikmat mandi da terencat.

aku tahu aku pun bukan baik mana nak tegur orang. bukan habis-habis azan terus pergi solat. tapi takdela sampai hujung waktu baru nak solat. bukan aku cakap aku bagus. kadang-kadang diri sendiri pun buat salah jugak. tapi jomla sama-sama ubah diri. kalau solat tak jaga macam mana nak dapat result bagus. kalau semua solat pun qada' je macam mana ALLAH nak makbul doa kan? solat tu perkara pertama dihitung dekat akhirat nanti. ingat tu. aku buat entry ni pun untuk ingatkan diri sendiri. biar diri sendiri tak buat balik perangai tak elok. jomla kita sama-sama berubah.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-maaf kalau entry mengguris hati.

1 orang turut merapu:

aKu.Bukan.kaMu said...

terima kasih atas peringatan~

Post a Comment

bagi respon