.gua rock la!.

Posted by azack On Monday, August 16, 2010 0 orang turut merapu

entri ni gua memang tujukan dekat orang yang tak habis-habis suruh gua jadi macam perempuan ayu..especially ibu gua dengan hencik ajib..

hari tu berbual dekat telefon dengan hencik ajib..gua pun ngadu dekat beliau purse gua da koyak..dengan harapan supaya beliau nakla hadiahkan gua purse baru..ahaha~~tapi takde pun beliau nak belikan sebab beliau sangat kedekut..terpaksala gua yang beli sendiri..

beliau pun tanya dekat gua..

"nak beli yang macam mana?"

gua jawab..

"yang macam tula..tak nak tukar lain da..suka yang macam tu je.."

beliau cakap lagi..

"belila yang panjang tu..kan cantik.."

gua balas..

"tak nakla..macam perempuan.."

beliau cakap lagi..

"apa salahnya..da dia perempuan kan..tak salah pun kalau pakai yang panjang tu..lagi cantik..sekarang ni ada lagi ke prempuan yang pakai macam dia punya sekarang tu?"

gua jawab balik..

"tak nakla..tak sukala..ada je perempuan lain pakai macam orang punya..biala.."

lepas tu startla perbalahan gua dengan beliau..gua tak sukala benda-benda yang macam perempuan sangat ni..tak masuk dengan jiwa gua..tak rockla pakai barang perempuan sangat ni..gua rasa geli-geli..gua bukan takde handbag..ada je..tapi gila gua rasa geli nak pakai..sekali tu je gua pakai..last-last tersadai handbag tu dalam gerobok gua..

gua masih tak boleh terima lagi perubahan jadi perempuan ayu ni..setakat baju-baju yang ladies sikit bolehla gua terima..tu pun sebab ibu guala semangat sangat belikan..jadi gua pun jadi sukala..tapi yang lain-lain tu gua tak boleh terima lagi..ibu gua pun selalu je tanya bila gua nak belajar pakai lipstick blusher segala..haish..gua lemah betul..(tapi hari tu macam da terbuka hati sikit..gua beli lipstick dengan lip liner..tu je)

cukupla gua suka masak..macam perempuanla tu kan?tapi kalau nak pakai skirt-skirt ke apa..peh!gua rasa skirting dekat meja makan lagi cantik dari gua kot..gua pun lagi suka tolong ayah gua cat rumah dari tolong ibu gua jahit sembat..huish!!gua cukup lemah bab-bab menjahit ni..

jadi kepada sesapa yang nak sangat tengok gua jadi perempuan melayu terakhir harap bersabarla..gua baru sikit je terbuka hati..lama lagi nak jadi ATIQAH..sekarang gua masih selesa jadi AZACK..(nama pun da rock tak kanla gua nak jalan kepit-kepit..)ahaha~~

thanks for reading!!

*entri ni guna gua sebab nak tunjuk betapa rocknya jiwa aku ni..ahaha~~sila abaikan gambar-gambar aku dalam blog ni sebab semuanya soooooo NOT rock!!

0 orang turut merapu:

Post a Comment

bagi respon