.susahnya.

Posted by azack On Tuesday, August 31, 2010 0 orang turut merapu

aku selalu je berazam dalam hati nak jadi baik. tapi selalu je tak menjadi. kadang-kadang bila da berjaya tu mesti terkandas dekat tengah jalan. aku nak jadi baik. baik macam imam terawikh semalam cakap. tapi nak buat tu tak senang macam yang beliau cakap.

aku selalu fikir benda ni. nak jadi baik kena korban. korban yang bukan sikit. tapi banyak. kadang-kadang aku cemburu bila tengok adik aku dah berjaya nak jadi orang yang baik. tapi aku. masih tertinggal dekat belakang. patut aku yang bimbing dia. tapi akula manusia yang hampeh.

pastu aku fikir lagi. nak jadi baik kena tinggalkan semua benda tak baik. lebih-lebih lagi MOHD RAZIF. kadang-kadang aku fikir aku kuat untuk blah je dari hidup dia dan halau dia dari hidup aku. tapi aku masih lagi lemah. kadang-kadang jugak aku fikir kalau aku blah apa yang jadi dekat dia. sebab dia pun mengharap teguran dari aku. walaupun aku tahu dia tak pernah ikut. aku tak nak sebab aku hidup dia jadi lebih teruk dari sekarang. tapi aku nak jadi baik. susahnya.

aku perlukan sokongan. aku perlukan penunjuk arah. aku perlukan orang yang akan bantu aku bangun kalau-kalau aku tersungkur. aku perlukan DIA. tapi layak ke aku meminta dari dia. aku terlalu berdosa.

ya ALLAH..
bantula aku..
bantula aku kembali ke jalanMU..
ya ALLAH..
andai dia yang kau cipta untuk aku..
satukanla hati-hati kami..
bantula kami kembali ke jalanMU..
tapi jika dia bukan untukku..
jauhkanla perasaan sayang ini..
jangan wujudkan dendam di hati kami..
dan bantula aku dan dia kembali ke jalanMU..


thanks for reading!!

.emo lagi.

Posted by azack On Monday, August 30, 2010 0 orang turut merapu

awak.. susahnya saya nak mesra dengan awak macam dulu. kenapa eh? kadang-kadang saya cemburu tengok kemesraan awak dengan perempuan lain. tak macam dengan saya. bila saya tengok awak dengan mereka tu hati saya macam kelapa yang kena sagat. hancur. bederai. berdarah. seperti boleh diperah macam santan.

awak.. tahu tak betapa hati saya juga menjerit-jerit ingin bemesra seperti itu. ingin dijaga seperti itu. ingin dirisau seperti itu. ingin ditunggu seperti itu. sehingga jeritan saya pun mampu memecahkan hati saya sendiri. lalu saya tampalkan selotape. biar ia bersambung balik. tapi awak tak pernah mendengar. awak tak pernah tahu. sampai bila saya nak tampal selotape dekat hati sendiri supaya awak tahu yang saya juga punya hati.

awak.. mungkin sebab kita pernah terpisah dulu. kemesraan kita pun makin pudar. perhatian awak juga makin pudar terhadap saya. saya cuba perbaiki. tapi. sekali lagi saya kena tampal selotape dekat hati sendiri. saya cuma boleh menumpang kemesraan awak dengan mereka bukan membetulkan. susah ke awak nak layan saya macam awak layan perempuan-perempuan itu? siapa saya di mata awak?

awak.. semakin banyak hari yang saya lalui semakin banyak selotape yang saya kena beli. semakin banyak juga santan hati saya boleh dibuat kari. saya seperti ingin lari dari awak dan mereka. saya semakin lemah. saya takut satu hari nanti saya tersungkur kesakitan. tapi mana harus saya lari? mana harus saya rawat hati saya yang bertampal-tampal ni? mana lagi harus saya tumpang kemesraan? mana lagi harus saya cari perhatian? bila kehadiran saya di mana pun hanyala umpama seekor semut yang dispray dengan ridsect.

oh awak.. mengertila. hati ini semakin sakit.


thanks for reading!!

.takde motif.

Posted by azack On Wednesday, August 25, 2010 0 orang turut merapu

aku memang tak benci kau perempuan. tapi tiap kali terdengar nama kau n tertengok muka kau kepala aku dok pusing-pusing. tak henti-henti ingat cerita kita dulu. sakit. memang sakit. kau tahu ke? aku tahu kita sama-sama salah. tapi aku tak boleh terima. aku tak suka nak carut dekat orang. melainkan kalau aku terlampau marah. tapi. patut ke aku carut dekat kau?

aku memang tak benci kau perempuan. tapi hati aku ni tak mampu nak flush semua cerita kita tu. cerita tu masih dekat situ lagi. degil. walau disental dengan clorox. sakit. memang sakit. kau tahu ke? sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. masih ingat tak lagi kau cerita kita tu? marah lagi ke kau lepas terjadinya cerita tu? kalau kau tanya aku. pasti jawapan aku YA!

aku memang tak benci kau perempuan. sebab aku masih sayangkan kau. kau tahu ke aku sayangkan kau? aku tahu kau tak tahu. aku pun tahu kau tak sayangkan aku macam kau sayangkan perempuan-perempuan lain. kau tak perlu sayangkan aku perempuan. sebab kau hanya tambah kotoran degil dalam hati aku n aku tak mampu nak beli clorox banyak-banyak. harap faham..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
DAMN!! i hate this feeling!


thanks for reading!!

.cess!!.

Posted by azack On Tuesday, August 24, 2010 0 orang turut merapu

waktu buka semalam boleh pulak nampak engkau..

cess!!
aku baru je nak lupakan engkau..
makin bertambah susahla..
kau boleh gugat kesetiaan aku tahu??
pening sudah kepala otak..

aku pun tak tahu..
macam mana boleh tersuka engkau..
aku pun tak tahu..
macam mana hati ni boleh terbayangkan engkau..

aku tak nak jadi si curang..
yang dekat mulut lain dekat hati pun lain..
aku tak nak jadi si curang..
yang di hatinya bukan ada satu..

alahai..
boleh pulak engkau senyum macam tu dekat aku..
boleh pulak engkau datang dalam mimpi aku..
susah gila nak buang engkau dari hati aku..
pening sudah kepala otak..
hati aku cakap..
mahu lupakan engkau!!


thanks for reading!!

.rindu kalian.

Posted by azack On Sunday, August 22, 2010 0 orang turut merapu

kenangan tu datang lagi..
satu-satu masuk dalam kepala..
terasa nak senyum..
terasa nak nangis..
bila ingat balik semua tu..
sekarang da tak macam dulu lagi..
da tak de lagi kenangan tu..
yang ada hanya lakaran kisah baru..

aku teringat waktu tu..
waktu kalian dan aku bersahur bersama..
waktu kalian dan aku berbuka bersama..
waktu kita lunch bersama..
waktu kita dinner bersama..
walau kelas apa pun kita tercampak..
walau aras berapa pun kita terpisah..
tapi semuanya tetap bersama..
sumpah!
aku rindu..

aku masih ingat lagi..
masa kita main hujan belakang blok..
masa kita main cop tiang dekat dewan makan..
masa kita tengok water boy dekat cr..
masa kita panjat locker baju..
masa kita sama-sama kena marah..
masa kita sama-sama kena sound..
masa kita ambil result pmr..
masa kita celebrate result spm..
sumpah!
aku rindu..

aku rindu..
sumpah!
rindu gila..
kalau boleh nak bersama lagi..
ketawa..
suka suka..
riang ria..

masa terlalu cepat berlalu..
5 tahun..
aku dan kalian melakar kenangan indah..
9 jiwa 1 hati..
aku da pahat nama kalian satu-satu dalam hati..
harap kalian pun macam tu..

aku rindu kalian!!
far..
kano..
kak ngah..
zrynn..
dayah..
ajay..
aten..
uteen..
sumpah rindu!!
rindu kalian sangat-sangat!!

ya ALLAH..
KAU lindungila silaturrahim ini dari sebarang kejahatan..
kejahatan hati kami mahupun orang lain..
kukuhkanla persaudaraan kami..
hingga hujung nyawa kami..
andai ada perbalahan antara kami..
KAU damaikanla segera..
andai ada benci di hati kami..
KAU buangla segera..
agar kasih sayang ini kekal..
kekal dalam keredhaanMU ya ALLAH..

thanks for reading!!

.dari hati.

Posted by azack On Wednesday, August 18, 2010 0 orang turut merapu

Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya


Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta


Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta
padamu

*song from sixth sense

**aku dedicate lagu ni untuk BIBIE NARHAYU, FADILA, NURUL SAKINAH, n NURUL ATIQAH NAJLAA..lirik agak jiwang tapi sesuai kot untuk kamu-kamu..thanks for being my friends n sabar dengan kerenah aku..sorry if i did wrong..i love you all..

thanks for reading!!

.gua rock la!.

Posted by azack On Monday, August 16, 2010 0 orang turut merapu

entri ni gua memang tujukan dekat orang yang tak habis-habis suruh gua jadi macam perempuan ayu..especially ibu gua dengan hencik ajib..

hari tu berbual dekat telefon dengan hencik ajib..gua pun ngadu dekat beliau purse gua da koyak..dengan harapan supaya beliau nakla hadiahkan gua purse baru..ahaha~~tapi takde pun beliau nak belikan sebab beliau sangat kedekut..terpaksala gua yang beli sendiri..

beliau pun tanya dekat gua..

"nak beli yang macam mana?"

gua jawab..

"yang macam tula..tak nak tukar lain da..suka yang macam tu je.."

beliau cakap lagi..

"belila yang panjang tu..kan cantik.."

gua balas..

"tak nakla..macam perempuan.."

beliau cakap lagi..

"apa salahnya..da dia perempuan kan..tak salah pun kalau pakai yang panjang tu..lagi cantik..sekarang ni ada lagi ke prempuan yang pakai macam dia punya sekarang tu?"

gua jawab balik..

"tak nakla..tak sukala..ada je perempuan lain pakai macam orang punya..biala.."

lepas tu startla perbalahan gua dengan beliau..gua tak sukala benda-benda yang macam perempuan sangat ni..tak masuk dengan jiwa gua..tak rockla pakai barang perempuan sangat ni..gua rasa geli-geli..gua bukan takde handbag..ada je..tapi gila gua rasa geli nak pakai..sekali tu je gua pakai..last-last tersadai handbag tu dalam gerobok gua..

gua masih tak boleh terima lagi perubahan jadi perempuan ayu ni..setakat baju-baju yang ladies sikit bolehla gua terima..tu pun sebab ibu guala semangat sangat belikan..jadi gua pun jadi sukala..tapi yang lain-lain tu gua tak boleh terima lagi..ibu gua pun selalu je tanya bila gua nak belajar pakai lipstick blusher segala..haish..gua lemah betul..(tapi hari tu macam da terbuka hati sikit..gua beli lipstick dengan lip liner..tu je)

cukupla gua suka masak..macam perempuanla tu kan?tapi kalau nak pakai skirt-skirt ke apa..peh!gua rasa skirting dekat meja makan lagi cantik dari gua kot..gua pun lagi suka tolong ayah gua cat rumah dari tolong ibu gua jahit sembat..huish!!gua cukup lemah bab-bab menjahit ni..

jadi kepada sesapa yang nak sangat tengok gua jadi perempuan melayu terakhir harap bersabarla..gua baru sikit je terbuka hati..lama lagi nak jadi ATIQAH..sekarang gua masih selesa jadi AZACK..(nama pun da rock tak kanla gua nak jalan kepit-kepit..)ahaha~~

thanks for reading!!

*entri ni guna gua sebab nak tunjuk betapa rocknya jiwa aku ni..ahaha~~sila abaikan gambar-gambar aku dalam blog ni sebab semuanya soooooo NOT rock!!

.mi bandung!!.

Posted by azack On Saturday, August 14, 2010 0 orang turut merapu

aku dekat rumah sekarang..diulang..dekat rumah..ahaha~~jangan jeles ok..

aku seronok dapat duduk rumah ok..sebab..sebab..sebab dapat makan mi bandung ibu tersayang..yay!!!!!ahaha~~aku baru je mengidam hari tu..balik-balik terus dapat makan..ini memang heaven..sekali lagi..sila jangan jeles..

*yummy!!

sila clap utuk ibu aku..clap!clap!ahaha~~ok..da cukup..tak nak lagi dimaki oleh orang yang da cemburu sekarang ni..ahaha~~

thanks for reading!!

.moga ia hanya sebuah mimpi.

Posted by azack On Thursday, August 12, 2010 0 orang turut merapu

petang isnin..lepas aku study untuk test separation malam tu aku pun baring-baring atas katil..kat tangan baik punya nota untuk dibaca..tapi tahu jela bila membaca sama baring pengakhirannya mestila T.I.D.U.R..itu sudah dapat dijangka..ahaha~~

aku pun tidurla..tidur dengan harapan lelaki-lelaki yang aku minati muncul..ahaha~~tapi bukan itu yang aku mimpikan..mimpi lain yang lebih dahsyat dari tu..aku mimpi ayah aku yang tersayang pulang ke pangkuanNYA..alahai..sedihnya..tak boleh nak bayang kalau mimpi tu jadi kenyataan..

dalam mimpi itu aku menangis..memangla kan..tak kan nak ketawa dekah-dekah bila ayah sendiri da takde..kan?tapi lain sangat tangisan aku tu..aku bukan menangis aku rasa..tapi lebih kepada meratap n menyesal..aku pun tak pasti kenapa..

tapi bila aku fikir-fikir balik mungkin mimpi tu nak tunjuk sesuatu..nak tunjuk betapa selama ni aku banyak berkasar dengan ayah..penyesalan tu mungkin sebab aku tak sempat nak minta keampunan dari dia..ALLAH..janganla kau jadikan aku anak yang derhaka kepada kedua orang tuaku..mungkin mimpi tu nak buat aku sedar betapa pentingnya ayah dalam hidup aku..

bila ingat-ingat balik aku memang terlalu banyak buat salah dekat ayah..walaupun ayah tak pernah tunjuk yang dia berkecil hati tapi aku tahu dalam hati dia mesti sedih..ALLAH..betapa jahatnya aku sebagai seorang anak..bila aku rasa marah dekat ayah aku hempas pintu..aku masam muka..tak mahu cakap dengan dia..jahatnya aku..jahat n jahil..entah da berapa banyak agaknya luka yang aku da bagi dekat ayah..padahal masa kecik dulu dia tatang aku macam minyak penuh..teruknya balasan jasa yang aku bagi dekat ayah..

ayah tak pernah pun tujuk ekspersi apa-apa..marah ke..sedih ke..gembira ke..bangga ke..dia tak pernah tunjuk..kadang-kadang aku fikir mungkin ayah tak ambil kisah pasal aku..tapi hari tu buat aku sedar yang sebenarnya ayah sangat-sangat ambil berat pasal aku..bukan aku je adik-adik aku sekali..kenapala aku sebagai anak tak pernah nak hargai ayah..

ayah..
along minta ampun dari ayah..
selama ni along banyak sakitkan hati ayah..
along tak pernah ucap selamat hari lahir dekat ayah macam along buat dekat ibu..
along tak pernah rancang nak sambut hari bapa macam along sambut hari ibu untuk ibu..
maafkan along..
along anak yang teruk..
along sayangkan ayah..
terlalu sayang..
ampunkan along..
ampunkan along..
ampunkan along..

jadi kepada yang membaca sila jangan jadi macam aku..jangan sekali-kali..keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu ayah..ingat tu..

thanks for reading!!

*orang cakap kalau mimpi orang pergi maksudnya orang itu akan panjang umur..ya ALLAH..kau panjangkanla umur kedua ibu bapaku..tempatkanla mereka ke dalam syurgaMU ya ALLAH..insyaAllah

.selamat berpuasa.

Posted by azack On Wednesday, August 11, 2010 0 orang turut merapu

pejam celik..pejam balik..pastu celik balik..da masuk bulan ramadhan balik da..sekejap je rasa setahun tu berlalu..dan seperti biasala setahun aku diisi dengan perkara yang kebanyakannya entah apa-apa..huhu~~tapi tahun ni aku da berazam..sempena bulan puasa ni aku nak cuba berubah jadi orang yang lebih baik + berguna..harap-harapnya kekalla sampai habis ramadhan ni n sampai bila-bila..insyaAllah..

sempena hari pertama berpuasa ni aku pun nak ucapkan selamat berpuasa dekat semua yang patut berpuasa..puasa..jangan tak puasa..kalau tak puasa tak boleh raya..bak kata ibu aku yang tersayang masa aku kecik-kecik dulu..ahaha~~

sempena bulan puasa ni jugakla nafsu makan aku macam makin bertambah-tambah..(hello az!mana azam nak kurus??!)huhuhuhu~~bukan apa..aku tetiba je teringan dekat mi bandung yang ibu masak..pastu teringat dekat me rebus yang selalu ibu beli dekat pasar malam..teringat jugak dekat air soya campur cincau yang dicampur oleh diri sendiri..yummmy!!ahaha~~(kalau macam ni makin bertambah-tambahla berat badan aku ni!)

bila bulan puasa ni teringat pulak masa kecik-kecik dulu..dulu aku puasa tak penuh..diam-diam je aku makan tengahari dalam bilik..makin ayam goreng pulak tu..kadang-kadang adik aku punya makanan pun aku sapu..huhuhuhu~~maklumla waktu tu masih jahil lagi..tapi bila da besar ni terselit perasaan malu bila ingat balik benda tu..sebabnya waktu tu aku darjah 2 pun masih lagi puasa yangyuk..adik-adik aku semua start tadika da puasa penuh..haih!!malunya dengan diri sendiri..tapi masa aku puasa tu takde pun orang nak sogok aku akan dapat duit raya kalau puasa penuh..tapi adik-adik aku ramai pulak orang yang sogok..mungkin sebab tula diorang boleh puasa penuh..ahaha~~(itu percakapan orang cemburu..huhuhuhu~~)

tapi tu semua tinggal kenangan..kenangan manis waktu baru-baru nak belajar puasa..sekarang ni walaupun takde orang sogok duit raya yang banyak memang wajib puasa penuh..(kecuali disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan..)

aku sangat berharap puasa tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas bagi aku dan semua..semoga aku dan semua akan dapat penghayatan dari bulan ramadhan yang mulia ni..banyakkan amal ibadat insyaAllah..

kepada hencik ajib~~selamat berpuasa ye awak..semoga tahun ni kita dapat yang terbaik untuk diri kita..n semoga kita akan jadi insan yang lebih baik dari dulu..insyaAllah..

thanks for reading!!

.kau tipu.

Posted by azack On Monday, August 9, 2010 0 orang turut merapu

ok..satu lagi tajuk kontroversi..ahaha~~sebenarnya tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah takde lagi..

petang tadi akhirnya buat pertama kali selepas sebulan aku tinggal dekat k9 gim sebelah bilik aku dibuka..kami pun semangatla ni nak masuk ke gim..nak tengok juga ada barang mahal apa dalam tu yang buat gim tu selalu tutup..kami pun dengan excited yang terlebih masuk gim..

jeng..jeng..jeng..

laaa...takde pun barang mahal..cuma ada 2 alat joging tu..2 biji bola..2 alat angkat badan sendiri..3 tali skipping..n beberapa dambel..ces!!ingat apala yang menarik sangat sampai kena tutup je selalu..

walaupun barang cuma beberapa je tapi hati masing-masing sangat berkobar-kobar nak exercise..ok..lupa nak mention..dalam tu juga ada satu alat penimbang..masing-masing pun naikla atas timbang nak tengok berat sendiri..konon-konon nak tengokla kot lepas exercise berat pun makin berkurang..aku pun excited jugala nak naik atas alat timbang tu..

n the result.............

50kg!!!!oh mak aih..aku salah dengar ke apa..bibie cakap 50kg..aku?!50kg?!WTH!!!!apasal berat sangat badan aku ni??penimbang ni tipu aku ke apa?!aku masih tak percaya..aku pun turun n naik balik timbang tu..tapi result masih sama..OMG!!apa yang dah aku makan??apasal naik berganda-ganda berat aku ni??last time aku timbang dalam 45kg je..5kg berat badan aku naik..serius..aku macam nak kasi pecah je kat penimbang tipu yang tak bersalah tu..

ni kalau hencik ajib tahu ni mahu dia gelak guling-guling sebab aku dah makin gemuk..huhuhuhuhu~~~~aku da gemuk!

aku sangat berharap berat aku akan turun balik bulan puasa ni..jadi kepada rakan-rakan terdekat sila halang aku dari makan banyak..ahaha~~(padahal aku baru je tadi bantai nasi goreng sepinggan..)sila sokong aku ye rakan-rakan

thanks for reading!!

.picnic.

Posted by azack On Sunday, August 8, 2010 0 orang turut merapu

rancangan nak ke picnic dekat gunung pulai telah berjaya..yay!!seronok..walaupun aku tak mandi dekat air terjun dia yang macam best tu tapi aku tetap rasa puas hati..kitorang sempatla berbarbeque dekat situ..macam-macam ada..sotong..ayam..kerang..ikan..udang..dan hidangan dilengkapkan lagi dengan kobis goreng sotong yang dimasak oleh cik bibie..credit for bibie sebab sayur yang dia masak sedap..walaupun tu first time dia masak sayur..sukses!!ok..malas nak taip panjang-panjang..letak gambar je..

*proses pemerapan ayam oleh mieyda
*dalam kereta
*misz iela~~the driver

*angkat-mengangkat barang-barang
*mandi time!!
*nampak air tejun tak?
*the foods~~dari bawah: sotong,,ayam,,kerang
*not forgotten~~udang
*makan time
*aku yang khusyuk kopek kerang

ok..tu jela yang dapat bagi..nak upload gambar lagi tapi penat nak tunggu..sangat lambat..apa-apa pun enjoy the pitcure k..

by the way..gambar diambil guna my new MR.NIKON..cantik kan gambar dia..terang sangat-sangat..thanks mr.nikon..muaah!!

thanks for reading!!

.kau yang buat aku curang.

Posted by azack On Saturday, August 7, 2010 0 orang turut merapu

title macam kontroversi je..ahaha~~tapi memang aku da curang..

aku da beli kamera baru..yay!!memang rabak terus poket bila da beli kamera ini..tapi aku tidak sama sekali akan menyesal..aku beli kamera nikon s4000..walaupun s4000..tapi harganya takdela semahal itu..ia cuma sekadar nama sahaja..

kamera ini sangatla best..12mp..skrin besar..nak setting gambar pun best..touch skrin lagi..sebab tula poket aku juga rabak kerananya..puas hati sangat-sangat..sangat-sangat..SANGAT-SANGAT..(saje ulang banyak kali sebab nak tunjuk betapa aku sangat puas hati..)ok..malas nak cerita banyak..letak gambar je baru korang pun akan percaya..

kenapa aku beli warna pink??aku tak nak pink sebenarnya..aku mahu hitam..tapi tak de..yang ada pink dengan silver je..silver tu lagi buruk..sebab tu aku ambil pink..
sehari lepas beli terus guna pergi picnic kat gunung pulai..ini sedikit hasil yang didapati dari kamera ini..



tapi apa kena mengena entri ini dengan title??ok2..memang aku curang pun..aku sebenarnya nak beli sony cybershot w330..tapi aku telah curang..nak buat macam mana..aku tanya kedai semua tak jual sony punya kamera..jadi terpaksala aku beli yang ini..maaf sony..bukan jodoh kita nampaknya untuk bersama..aku juga sedih kerana terpaksa meninggalkan dirimu..tidak ku sangka dia mampu menggugat kesetiaan ku padamu..ohoho~~ok..stop the jiwang..

maaf..dapat upload satu je gambar..laptop da penat..ok..picnic punya entri akan menyusul nanti..maaf..

thanks for reading!!

.apa yang terjadi.

Posted by azack On Friday, August 6, 2010 0 orang turut merapu

aq buat blog baru..siap emel dengan emel baru aq sekali..kenapakah??sebab blog lama aq tu..aq da tersetting apa aq pun tak tahu sampai dia da brubah macam-macam..hahaha!!memangla kau bodoh it azack..jadi secara rasminya aq telah tukar ke blog ini..sila jangan kutuk kebodohan aq..huhu~~

thanks for reading!!