bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. hehe. |
dah siap. sedap dimakan masa panas. |
penghuni rumah aku hari ni sangat bersemangat nak bunuh si cicak. ni semua sebab makaku baru beli racun apa entah. ada orang recommend dekat dia. terus je dia beli. dia cakap racun tu tak bahaya. kalau kena makanan pun tak apa-apa. aku pun tak tahula betul ke tak. tapi yang pasti sebab racun tu mak aku sangat bersemangat nak bunuh semutla. cicakla. lipasla. sekarang da tak payah guna lastik lagi. kerja da sangat senang. sembur-sembur je.
ni dia. mz kitchen the assistant.huhu |
bila dah tambah air jadi macam nila. just sembur je |
yumm! nila hasilnya. |
macam ni |
yang ni sikit je. first try. takut tak jadi. |
susu yang wangi. takde bau lembu. 100% |
to the pengukus |
yumm! sedia dihidang kepada si piranha. |
thanks for reading!!
Risalah ini bagus untuk anda semua.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin:
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..
5. BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT
Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL
i) Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM
i) Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR
i) Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR
i) Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas. Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) Kebas tangan
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) Kebas tangan kiri dan kanan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) Kebas kaki
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) Sakit tapak kaki
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) Sakit tumit kaki
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) Rasa panas di tapak kaki
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) Gatal-gatal di celah kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH
i) Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
b) SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.
thanks for reading!!
*nota kaki rapu-jangan marah bila sakit. banyak tanda yang badan kena repair.
"have you ever denied your feelings for someone because your fear of rejection was too hard to handle?"
dah lama habis novel ni aku baca. time aku masih rajin nak baca novel. sekarang da tak minat da. penat. baca komik je aku rajin sekarang. lagipun aku minat hlovate je. novelis lain kurangla. klise. huhu. bila adik aku yang baca novel tu sekarang baru aku perasan ayat dekat atas tu. macam kena dekat batang hidung sendiri je. ahaha~ dulu aku tak dalam situasi ni. so tak ambik peduli sangatla. sekarang tak tahula. macam betul je.
kenapa ye rejection tu menyakitkan? kenapa rejection tu jugak susah nak handle? ada tak rejection yang melegakan? huhu.
thanks for reading!!
semalam aku ikut ibu tersayang pergi beli barang dapur. biasala ibu aku tu. sebelum pergi da tanya siapa yang nak tolak troli ni sama tengok tepat dekat muka aku. ok. aku tahu jawapannya. huhu.
bukan aku nak cerita betapa seronoknya aku dapat tolak troli penuh barang tu. aku nak cerita pasal pisau. ibu tersayang aku tula nak beli pisau baru. pisau lama tu boleh pulak dia tinggal dekat rumah orang lepas rewang. aku pun testla bukak pisau tu dari sarung. nak tengok tajam ke tak. tajam. berkilat-kilat lagi. ok. passla tu. aku pun nak masukkan balik pisau tu dalam sarung dia. then pisau tu dengan selambanya makan tangan aku. cis. berdarah tapak tangan aku. sakit pulak tu. gila pedih. belum sempat rasmi lagi pisau tu dekat bawang tapak tangan aku yang rasmikan dulu. haih.
masuk tu da 3 kali tangan kiri aku jadi mangsa pisau. satu dekat jari kelingking. masa sahur bulan puasa hari tu potong bawang putih. satu dekat ibu jari. masa malam raya tengah potong daging. satu lagi semalam tu. dekat tapak tangan. aku rasa pisau memang benci gila dekat aku. asyik nak potong tangan aku je. gila kejam pisau tu. sekarang ni da tak nak pegang pisau lagi. berdendam je aku dengan pisau ni.
sekarang ni nak makan limau pun aku suruh adik aku potong. aku memang da malas. tapi boleh bagi alasan fobia pisau. takla nampak sangat aku malas. ahaha~ terima kasih jugakla dekat pisau.
thanks for reading!!
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day
Yeah, I know, I know, when I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look ok, I say
When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are(yeah)
Her lips, her lips, I could kiss them all day if she let me
Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her every day
Oh, you know, you know, you know, I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same
So, don't even bother asking if you look ok
You know I'll say
When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because girl you're amazing, just the way you are
The way you are, the way you are
Girl you're amazing, just the way you are
When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Cause girl you're amazing, just the way you are. Yeah
aku sudah selamat sampai rumah. yeay! da lama aku tunggu ni. sekarang semangat aku mintak izin nak pergi merantau ke jepun. takpe. aku izinkan. pergila cik semangat. ahaha~
seronok memangla seronok dapat balik rumah. walaupun aku boleh kata tiap-tiap minggu pun balik. bukan aku homesick. tapi mak aku tu. tak balik seminggu je call tanya bila nak balik. aku tak nakla jadi anak derhaka. kenala balik kan. ahaha~
tapi rasa macam nak tepuk kepala sekarang. dah duduk dekat rumah pun kepala otak aku ni ngada-ngada nak fikir pasal orang dekat u tu. memang sungguh gedik dia. bangun tidur orang itu jugak yang nak diingat dulu. kenapa ye? kenapa mesti orang itu yang perlu diingat? tak mahula cik otak. tak mahu ingat dekat orang itu. mahu benci orang itu. orang itu buat jiwa aku kacau. nak study hari tu pun dia da ambik memori otak aku almost 70%. payah betul. tak sukala.
cik otak. boleh tak esok pagi tak ingat orang itu dulu? bolehla ye. (^_^)
thanks for reading!!
*nota kaki rapu-hari ni birthday cik nurul atiqah najlaa. happy birthday ye nurul atiqah najlaa. hadiah tunggu naik sem ye. ahaha~