.sudah rindu pada mereka.

Posted by azack On Tuesday, November 30, 2010 2 orang turut merapu

rindu
bila nak dapat balik rumah ni?
mahu gelak kuat-kuat dengan mereka


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-mood balik da sampai

.wash it.

Posted by azack On 0 orang turut merapu

i wish the rain will come
so that the rain will wash away all the feelings inside my heart

i wish the rain will come
so that the rain will wash away every single thing that running through my mind

i wish the rain will come
so that the rain will take away the pain i felt in my stomach

i wish the rain will come
so that the rain will wipe away my tears

i wish the rain will come
oh how i wish the rain will come


thanks for reading!!

.cik semangat tolongla datang balik.

Posted by azack On Monday, November 29, 2010 0 orang turut merapu

semangat aku makin hari makin hilang. huh. mana dia merantau pun tak tahula. ni semua sebab exam yang lambat sangat nila. orang lain semua da pakat-pakat balik da. ada yang da habis exam hari ni. semalam. hari tu. kelmarin. haish. aku je. aku je yang tak habis-habis lagi. masih mengadap nota-nota dan buku. oh. sungguh tak adil utm. asyik fakulti aku je yang habis exam lambat. benci! semangat aku pun merajuk tengok orang lain da mengemas. beli tiket balik. simpan barang dalam stor. kenapala utm sangat kejam dengan aku? kalau dia letak exam hari ni kan aku da boleh berbahagia. ketawa riang suka hati sebab exam dah habis. dah boleh balik and makan sedap-sedap + free dekat rumah. dah boleh kenakan si fifi yang masih belum habis exam stpm dia. tension begini. haih. semangat tolongla datang balik. i really need you. sampai hari rabu je cik semangat. lapas tu kalau nak merantau pergi jepun pun aku tak kisah.


thanks for reading!!

.stop.

Posted by azack On Sunday, November 28, 2010 0 orang turut merapu

kepada engkau. ya! engkau yang mungkin membaca entri ini. kalau kau memang tak suka aku jangan layan aku baik sangat. aku tak suka. dont be soooo nice to me. i hate it. dont give any hope. i dont need it. tolongla. janganla buat baik dengan aku macam tu lagi. i hope our story will end forever. fullstop. jangan buat aku benci kau. jangan rosakkan apa yang da ada. tak nak bermusuh dengan siapa-siapa. tolongla. aku tak nak sakit tu datang lagi. please. stop treating me like that. if you really dont like me.


thanks for reading!!

.eh mana boleh sama.

Posted by azack On Tuesday, November 23, 2010 2 orang turut merapu

semalam waktu aku dan mereka tengah berehat lepas study kami pun berborak-borak. biasala tu. kalau tengah study pun lagi banyak borak. topik perbualan kami dari mana kami dapat nama.

"macam mana nama kau boleh jadi bibie narhayu?"

"bibie tu dari nama anak patung sepupu aku. narhayu tu gabungan nama emak and ayah aku. ayub and na."

emm. boleh terimala. alasan kukuh. tapi. tiba-tiba.

"ha. nak tahu kenapa nama aku nurul sakinah?"

"kenapa?" penuh minat.

"sebab aku lahir hari khamis."

kami: ???????

kami ketawa kuatla. emm. ada kena mengena ke tu? tak boleh fikirla apa kaitan dia. khamis dan sakinah. emm. masih tak boleh fikir lagi apa kaitan dia. cuba korang bayangkan dekat malaysia ni nama manusia letak sebab hari kita lahir. maknanya ada 14 je nama manusia dekat malaysia ni. 7 untuk lelaki. 7 untuk perempuan. emm. lucula. mana boleh kan. macam akula. nama aku atiqah. aku lahir hari selasa. mana boleh semua orang lahir hari selasa nama sama dengan aku. ye tak? emm.


thanks for reading!!

.tag cik na.

Posted by azack On Saturday, November 20, 2010 3 orang turut merapu

benda yg paling pnting dalam hidup korang
buat masa ni mungkin kunci bilik. sebabnya da dua kali tertinggal kunci dalam bilik yang terkunci. eh! pening tak? huhu. kunci spare kat bilik kunci pun takde. susah nak cari orang yang boleh bukak bilik kalau terkunci.

benda terakhir yg dibeli guna duit korang
makan tengahari tadi kot.

dimanakah tmpat korg akan melangsungkn perkahwinan korg dan temanya
of course rumah sendiri. nak buat dekat hotel mahal bai. bazir je. tema putih. biar tetamu confuse yang diaorang datang tu majlis kahwin atau majlis orang mati. ahaha~

adakah korg sedang bercinta skrg nie
tak pasti. mungkin baru lepas putus cinta.

berapa lama korg akan mncintai kekasih korg
sampai aku boleh basuh, sental dan clorox dia dari hati aku. mustahil kan? so sampai bila-bila kot aku akan cintakan dia.

dimanakah korg salu jumpa kekasih korg
kawasan sekitar johor bahru sahaja.

novel/buku/majalah terakhir yg korg beli
komik baru. 2 biji. hertambah sudah koleksi komik dekat rumah. huhu.

apakah nama penuh korg
atiqah binti zamani. seperti tertera di ic.

antara mak dan ayah, mana korg lebih mesra
emak kot. tapi sebenarnya aku tak pandai nak mesra-mesrakan diri dengan mereka.

namakn org yg btul2 korg nk jumpa dalam hidup korg
Rasulullah. aku tak main-mainla.

adakah korg basuh baju korg sndiri..
mestila. tapi dibantu oleh cik washing machine.

dimanakah tmpat yg btul2 korg nk pegi..
syurga. semoga aku boleh dan layak untuk sampai dekat sana.

pilih salah satu, peluk atau cium
nak pelukla. sebab peluk boleh hangatkan perasaan and boleh share perasaan dengan orang lain. huhu. pelik tak jawapan macam ni?

beritahu 3 benda tntg org yg tag korg
dia tengah tunggu masa nak kahwin. kot. ahaha~ dia lebih rajin dari aku. and dia tinggal dekat ktdi.

5 benda yg plg disayangi dalam hidup anda
komik-komik aku. brooch yang sekotak tu. tudung-tudung aku. eh! tak cukup 5 pulak. boleh ke?

lagu yg paling anda suka dgr dan salu dgr
buat masa ni mungkin menyesal from 6ixth sense.

bila tarikh lahir dan kat mana korg smbut tahun lepas
4 julai 1989. tahun lepas sambut dekat rumah. ibu masakkan soto. sedap and sangat terharu dengan beliau.

5 rakan blogger yg anda nk tag
azza
ainul
kak tee
kano
zara


thanks for reading!!

.you.

Posted by azack On 1 orang turut merapu

I just don’t know where to start. since that morning same question keep running through my head. I don’t know the answer. I don’t know how to explain. my head is exploding. my heart is cracking. i want to scream. i want to cry. i want somebody that can lend me his shoulder and tell me everything are okay like you always do. i want to be strong but everything I do remind me of you. i know you were crying there. i just don’t know what to do. i cant even think and keep talking things that break your heart. im so sorry.

those messages you sent its not that I don’t want to reply it. but I cant reply it. I don’t know what to say to make everything seem okay. you asked me to put all the blame on you. no. im the one who should be blame. im the one who screwed things up. im the one who broke our promises. I love you. I love you. even I keep saying it trillion times the situation still change. it just not same as before. just forget about me dear.

to mohamad razif abd aziz. sorry for making you cry. sorry for breaking your heart. sorry for everything.


thanks for reading!!

.ini baru betul 25.

Posted by azack On Thursday, November 11, 2010 4 orang turut merapu


1. orang panggil aku azack.
2. azack stands for atiqah zamani. ramai yang tanya ni.
3. aku makan tiap-tiap masa. serius. tak tipu.
4. ajib panggil aku doraemon sebab aku gemuk. tak kisah.
5. aku suka gelak kuat-kuat.
6. aku tak suka orang sendawa kuat-kuat. tak sopan.
7. white is my color.
8. suka benda yang colorful jugak.
9. tak suka makan kek. tapi teringin nak belajar buat kek.
10. suka komik. tak suka novel.
11. air epal suka. buah epal tak suka.
12. laici sedap. tembikai pun sedap.
13. suka menulis dari menaip. tapi tak suka tulis jawapan exam.
14. tulis huruf sebiji-sebiji.
15. ais krim lebih sejuk lebih sedap. eh! memangla kan.
16. suka duit. mata duitan je senang cerita.
17. suka fizik dari biologi. biologi tak best!
18. rajin tidur dan membuang masa.
19. cepat bosan dengan handset sedia ada. kalau boleh nak tukar tiap-tiap bulan.
20. tak banyak cakap dengan orang yang baru kenal. segan.
21. nak exam lagi 2 3 hari. tapi sempat jawab tag orang.
22. obses terhadap dean list dan first class.
23. umur 23 nanti aku grad. insyaAllah.
24. bukan umur 24 aku kahwin.
25. 25 januari adala birthday senior yang aku minat.

ambik kau. ni baru betul 25. za. aku da tunaikan tanggungjawab. jadi aku mahu tag mereka



thanks for reading!!

.entri wifi.

Posted by azack On Wednesday, November 10, 2010 2 orang turut merapu

aku tertinggal broadband aku dekat rumah. nyanyuk. macam mana nak online. memangla broadband aku sekarang perangai dia ala-ala berukband. tapi still nak online macam mana. sedih.

tapi kan.

sedih terubat. sebab boleh juga online guna wifi. ahaha~ kagum jugak. sebelum ni jangan harapla nak dapat. suka! suka! jadi ini entri pertama guna wifi. walaupun lambat jugak. tapi bolehla setakat nak hilangkan ngantuk baca buku. kita kena bersyukur kan?


thanks for reading!!

.nak cakap sikit boleh?.

Posted by azack On Friday, November 5, 2010 1 orang turut merapu

aku tahu aku pun bukan baik sangat. tak sempurna juga. tak alim mana. tak bagus mana. tapi kan aku ni tak berapa nak sukala tengok situasi macam ni.

aku tak berapa sukala tengok orang yang sengaja je lambat-lambatkan solat. bila dah hujung-hujung waktu baru nak kelam kabut ambik air sembahyang and bentang sejadah segala. lagi aku tak boleh terima bila habis je solat dah boleh terus solat waktu seterusnya. seriously aku tak berapa nak gemar. kadang-kadang tu ada juga yang dah hujung-hujung waktu baru terhegeh nak ambik tuala nak mandi dengan alasan tak selesa solat panas-panas ni. tapi tengok jam lagi 15 minit nak azan maghrib. nak mandi lagi da berapa minit. confirmla solat asar pun boleh terlepas.

waktu aku tengah uzur aku memang selalu mandi waktu maghrib. take time lama-lama. sebab assume orang lain tengah solat. tapi dari dalam toilet boleh juga aku dengar orang merungut orang dalam toilet mandi lama sangat. nak solat takut tak sempat. dah tahu nak solat tak sempat kenapa tak mandi sebelum azan maghrib. ni tak. dah dengar dah azan maghrib tapi sempat lagi nak layan facebook. tak cepat-cepat pun pergi mandi. tulis komen dekat facebook lagi penting dari solat maghrib. nanti bila dah hujung maghrib baru nak beratur untuk mandi. memangla tak sempat nak solat. aku macam panas je dalam toilet sebab nikmat mandi da terencat.

aku tahu aku pun bukan baik mana nak tegur orang. bukan habis-habis azan terus pergi solat. tapi takdela sampai hujung waktu baru nak solat. bukan aku cakap aku bagus. kadang-kadang diri sendiri pun buat salah jugak. tapi jomla sama-sama ubah diri. kalau solat tak jaga macam mana nak dapat result bagus. kalau semua solat pun qada' je macam mana ALLAH nak makbul doa kan? solat tu perkara pertama dihitung dekat akhirat nanti. ingat tu. aku buat entry ni pun untuk ingatkan diri sendiri. biar diri sendiri tak buat balik perangai tak elok. jomla kita sama-sama berubah.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-maaf kalau entry mengguris hati.