aku paling tak suka bila tiba-tiba je orang nak jeling aku ni. apa salah aku pun aku tak tahu. aku nak senyum. nak berbual. tapi kau buat apa. buat taik. jeling aku tak pasal-pasal. apa salah aku dekat kau ek? aku nak tahu. boleh kau cakap apa aku da buat? aku da penatla nak layan orang macam ni. bila aku cakap reaksi kau zero. macam aku cakap dengan tunggul. cakap dengan tunggul pun lagi baik kot. takdela aku expect tunggul tu nak bagi reaksi ke apa. tapi cakap dengan orang yang macam tunggul memang uji kesabaran aku. sebelum ni aku memang suruh je hati aku sabar. fikir positif. tapi mak aih! macam ambik kesempatan je dengan kesabaran aku.
aku memang suka fikir bukan-bukan. kau buat macam tu aku boleh fikirla kalau orang jeling-jeling aku macam tu tandanya tengah marah. kalau marah mesti ada salah aku buat. so just terus terang! susah sangat ke? daripada kau dok jeling-jeling aku. buat aku macam tak wujud walaupun aku depan mata. lebih baik kau cakap je. tak nak cakap tulis surat pun aku layan. buat aku tahu. aku tak nakla nanti mata kau tu boleh juling sebab hari-hari dok jeling aku. prihatin kan aku? ke kau takut aku tak faham bila kau bagitau? kau jangan risau. aku faham bahasa melayu. bahasa inggeris pun aku faham. bahasa lain kalau aku tak faham pun aku tak risau sebab kau pun tak faham.
so kepada kau. tolongla. cakap jela apa salah aku. apa yang aku buat da buat kau sakit hati. aku penat wei! penat nak bagi advice positif dekat hati aku biar tak fikir bukan-bukan. ingat senang ke? hati aku dala degil. tak mahu dengar cakap. jadi kau boleh tak tolong buat dia faham? jangan buat aku benci dekat kau. jangan nak nak join list orang-orang yang aku benci. kau boleh faham tak?
thanks for reading!!
2 orang turut merapu:
mungkin org tu prasan mata die seksi kot bile jeling2 org...
ala2 cam awek dlm cite hindustan yg kite tgk kat asrama dlu..
tajuk die Saaya kot (ko de join skali ke time tu?)
almk zara..
aku x igtla plak de x tgk cte 2..
tp yg kes aku ni x tau nk ktela..
aku rsau mte dy tglncr da soket je ari2 dok jeling aku..
huhu..
Post a Comment
bagi respon