cikgu cikgi

Posted by azack On Wednesday, March 2, 2011 0 orang turut merapu

semalam masuk kelas separation lambat. seperti biasala. masuk-masuk kelas je da kena tanya dengan dr. hanapi. "you dapat li dekat mana?" aku pun gelengla tanda belum dapat lagi. stress betul aku ingat pasal li ni. beliau pulak tanya. makin bertambah stress aku. lepas aku geleng tu terus dia start ceramah free. cakap pasal kerjala. apala. mata aku pun makin berat je. tapi tahan jugakla. pasal aku duduk depan sekali. dengar jugakla apa beliau cakap. "perempuan ni susah nak dapat kerja engineer. lelaki je yang ramai. ada ke perempuan yang boleh tahan angkat paip air. kerja panas-panas. kalau tahan pun kejap jela. sampai bila kan nak kerja panas-panas macam tu. perempuan ni sesuai jadi cikgu. lecturer. kan? bla bla bla........"

jadi cikgu. sekarang ni orang ambik jalan senang. kalau takde kerja apply cikgu. jadi cikgu ni entah da choice ke berapa entah bagi sesetengah orang. tapi aku respectla siapa yang memang ikhlas nak jadi cikgu. cuma sesetengah orang je yang jadikan cikgu tu kerja bila desprate. sebab tula susah nak dapat cikgu yang berkualiti sekarang. tapi pada aku cikgu bukan kerjaya pilihan. walau aku terdesak takde kerja pun aku kalau boleh tak nak apply jadi cikgu. pasal apa?

1. aku garang bila mengajar orang. aku pun tak sedar. alih-alih je kawan aku komplen. "kau ni garang sangatla". "garangnya kau ni". aku pun tak tahu macam mana aku boleh tergarang bila mengajar orang. mungkin tanpa sedar tone suara aku makin tinggi. bukan niat nak marah pun. tapi semulajadi. bila ajar je mesti orang komplen garang.

2. aku tak suka bila orang tanya banyak-banyak kali. serius tak suka. rasa macam tadi aku ajar tak kan kau tak faham-faham kot. bukan aku tak suka nak ajar orang. aku suka je. boleh tambah ilmu yang ada kan. tapi nak terang banyak-banyak kali ni rasa macam penat. lepas tu mulala aku nak start high pitch. ajar pertama kali pun pitch da high. yang kedua lagila bertambah high. ye dak?

3. aku tak suka mengajar sebab aku takut tersalah ajar. even benda tu aku da confident betul. still aku takut. aku takut nanti bila ajar salah orang cakap "apa ni az. ajar salah". memang sangat tak suka macam ni. rasa macam sangat bodoh sebab salah tapi nak ajar orang. karang aku jadi cikgu student aku cakap macam tu lagi memang malula.

4. tak suka pergi mesuarat agung pibg. lama kot mesyuarat. lepas tu macam takde input je. tiap-tiap tahun pumpang-pumpang cerita macam mana nak baiki keadaan sekolah. tapi sama je. lepas tu masalah tahun ni boleh ulang untuk mesuarat tahun depan pulak. tak ke membazir masa dekat situ. baik balik rumah tidur. tak pun tanam pokok bunga. ada jugak faedahnya.

5. tak suka dengar ucapan pengetua tiap kali perhimpunan. sangatla zzzzz. dala pagi-pagi buta. lepas tu cikgu-cikgu semua duduk ngadap student. kot dibuatnya aku tersengguk. tak ke malu 7 keturunan macam tu. macam manala cikgu-cikgu sekolah aku dulu boleh tahan mengantuk. aku yang berdiri dengar ucapan pun rasa macam nak tumbang. diorang yang duduk selesa tu tak mengantuk ke?

tu jela kot kenapa aku tak boleh jadi cikgu. orang lain aku tak tahula. tapi aku dengan kerjaya guru ni memang tak masuk. tak kena dengan jiwa. aku da terfikir nak jadi despatch je kalau da tak dapat kerja sangat.


thanks for reading!!

0 orang turut merapu:

Post a Comment

bagi respon