hari jumaat hari tu aku ada lab chemical reaction. tak berapa semangat nak pergi lab ni sebab kena buat report macam buat psm. sangat leceh. tapi eksperimen dia aku suka. mencabarla kot sebab ada mixing-mixing the chemicals. yang paling best hari tu buat eksperimen biodiesel. sangat suka. dia punya layer baik punya separate. tak percaya? tengok sendiri.

cun weh! i like!!

tapi hari tu aku da buat insiden. aku da terpecahkan dua-dua thermometer harapan dekat lab tu. ahaha~ ganas gila kan aku? sebelum tu group mate aku da terpecahkan satu measuring cylinder. aku pun sedap je takut-takutkan dia + kutuk-kutuk sikit. last-last aku pun sama. huhu.

macam ni cerita dia. waktu tu aku tengah buat eksperimen. tangan aku tengah pegang 2 kelalang kon dalam water bath. aku pun nak check suhu benda alah dalam kelalang tu. dengan budget terernya aku pun guna lagi satu tangan nak ambik thermometer. time aku nak ambik tu entah macam mana thermometer tu macam nak jatuh. aku nak sambut thermometer tu guna tangan yang sama. budget terer kan aku? ngeh3. sekali thermometer tu terhentak atas meja. dan berita baiknya dia terhentak atas satu lagi thermometer. haha! cayalah az! dapat pakej tu. pecah satu percuma pecah satu lagi. waktu tu pulak ramai orang tengah berkumpul dekat depan tu sebab tengah q and a dengan en zamry. habis semua orang pandang aku. malu tak yah cakapla. aku buat muka relax je. budget cool. padahal dalam hati da cuak. cuak sebab takut kena bayar ganti rugi. huhu.

ni dia thermometer harapan. dua-dua aku da pecahkan. lagi satu mungkin da terbang entah ke mana.

aku pun nak tunjuk hasil kerja aku dekat group mate aku. aku pun angkat thermometer tu. dan jeritan en zamry "jangan pegang!" buat aku jadi kaku terus. lagila aku malu berganda. tapi lepas tu semua orang datang je kumpul dekat tempat aku sebab nak tengok mercury. teringat richard diaz cakap "bila plant shutdown baru kita boleh tengok apa ada dekat dalam". tapi kes aku ni bila thermometer da pecah baru boleh tengok mercury dekat dalam. ngeh3. nak tengok mercury?

ni dia mercury. kalau tak sebab aku mana nak dapat tengok ni.

kesimpulannya kalau ada group mate kau pecahkan barang lab jangan gelakkan. sebab nanti kena batang hidung sendiri. ngeh3.
thanks for reading!!

1 orang turut merapu:

RadEchiZen said...

Ko bkn mmg dri dulu ke queen pchkn brg kat lab?? terbawak2 smpi ke u.hahaha

Post a Comment

bagi respon