apa masalah kau ek?

Posted by azack On Saturday, January 29, 2011 2 orang turut merapu

aku paling tak suka bila tiba-tiba je orang nak jeling aku ni. apa salah aku pun aku tak tahu. aku nak senyum. nak berbual. tapi kau buat apa. buat taik. jeling aku tak pasal-pasal. apa salah aku dekat kau ek? aku nak tahu. boleh kau cakap apa aku da buat? aku da penatla nak layan orang macam ni. bila aku cakap reaksi kau zero. macam aku cakap dengan tunggul. cakap dengan tunggul pun lagi baik kot. takdela aku expect tunggul tu nak bagi reaksi ke apa. tapi cakap dengan orang yang macam tunggul memang uji kesabaran aku. sebelum ni aku memang suruh je hati aku sabar. fikir positif. tapi mak aih! macam ambik kesempatan je dengan kesabaran aku.

aku memang suka fikir bukan-bukan. kau buat macam tu aku boleh fikirla kalau orang jeling-jeling aku macam tu tandanya tengah marah. kalau marah mesti ada salah aku buat. so just terus terang! susah sangat ke? daripada kau dok jeling-jeling aku. buat aku macam tak wujud walaupun aku depan mata. lebih baik kau cakap je. tak nak cakap tulis surat pun aku layan. buat aku tahu. aku tak nakla nanti mata kau tu boleh juling sebab hari-hari dok jeling aku. prihatin kan aku? ke kau takut aku tak faham bila kau bagitau? kau jangan risau. aku faham bahasa melayu. bahasa inggeris pun aku faham. bahasa lain kalau aku tak faham pun aku tak risau sebab kau pun tak faham.

so kepada kau. tolongla. cakap jela apa salah aku. apa yang aku buat da buat kau sakit hati. aku penat wei! penat nak bagi advice positif dekat hati aku biar tak fikir bukan-bukan. ingat senang ke? hati aku dala degil. tak mahu dengar cakap. jadi kau boleh tak tolong buat dia faham? jangan buat aku benci dekat kau. jangan nak nak join list orang-orang yang aku benci. kau boleh faham tak?


thanks for reading!!

ini entri khas untuk cik bibie


happy birthday
kau da tua ok!
hadiah pending
panjang umur + murah rezeki + happy selalu
i lep you! hik3

~~happiness is not having what you want but enjoying what you have~~

memang sengaja tak nak wish kau. sebab nak glamourkan kau kat sini. terharu tak? ngeh3


thanks for reading!!

aku bazir masa buat benda alah ni

Posted by azack On Monday, January 24, 2011 1 orang turut merapu


hari tu member aku sibuk jawab personality quiz for english class diorang. aku pun tiba-tiba nak sibuk jawab jugak. gedik sungguh. macam da takde kerja tapi sebenarnya kerja memang bertimbun tak ingat. tapi nak jugak jawab personality quiz yang tak penting tu. saje nak tahu pasal diri sendiri. meh kita tengok resultnya.

Others see you as sensible, cautious, careful & practical. biar betul orang tengok aku macam ni? tak mungkinla. yang praktikal tu betulla kot. standardla budak engineering. memang suka yang praktikal sesaje. cautiouskah aku? carefulkah aku? kawan-kawan sila komen. hee. They see you as clever, gifted, or talented, but modest not a person who makes friends too quickly or easily, but someone who's extremely loyal to friends you do make and who expect the same loyalty in return. oh yela sangat aku talented. talented dari segi apa agaknya. tidur mungkin. tak pun merajuk. tu memang talent terbaik akula tu. ngeh3. yes! betulla tu. aku memang susah nak cari kawan. tak pandai nak start perkenalan. memang sangat tak berbakat dalam bab tu. self esteem sangat low. takut nak bukak mulut macam dalam mulut tu ada emas berjuta-juta. perasan sungguh. rakan-rakan tolong ambik serius part yang aku bold tu. tu part penting tu. ngeh3. takut tak nak kawan dengan aku? Those who really get to know you realize it takes a lot to shake your trust in your friends, but equally that it takes you a longer time to get over if that trust is ever broken. yup! 101% true. da pernah alami macam tu. sampai bila-bila kot takkan percaya dekat orang yang berani buat tu. sakit pun masih tak hilang lagi sampai sekarang. You wear your heart on your sleeve. When you're sad, angry, or happy, everyone knows it.  You can't help it! senang cakap emotionalla. tapi takdela betul sangat. kadang-kadang aku sedih aku senyap je. nangis sorang-sorang dalam bilik. kalau happy je baru aku tunjuk. yela. siapa suka kalau orang asyik tunjuk sedih je dekat dia. ye dak? You're in touch with your emotions and aren't afraid to share it. memang aku tak takut nak share dengan orang perasaan aku. tapi kadang-kadang aku segan. aku selalu fikir dalam hati apala minah ni fikir aku cerita masalah dekat dia. masalah dia pun berlambak-lambak tambah lagi masalah aku. haih! tak patut. jadinya aku simpan sorang jela perasaan aku. You tend to have lots of crushes (celebrities, friends, neighbors, you name it!) and you hope to find true love someday. haha! ni aku setuju ni. memang ramai sangatla yang aku minat. mamat-nampak-dekat-shopping complex pun aku nak minat. padahal aku tahu je kebarangkalian nak jumpa lagi tu 0%. hehe. kalau da gatal tu gatal jugakla kau az. but yes! i hope to find my true love soon. hee. gatal sungguh.

so tu jela untuk masa yang dah terbazir ni. nak sambung buat process control balik.


thanks for reading!!

itu dulu. sekarang aku da matang

Posted by azack On Tuesday, January 18, 2011 0 orang turut merapu

bila duduk sorang-sorang ni selalu je teringat kenangan dulu-dulu. ye. korang boleh bayangkan waktu aku tengah teringat lalu aku senyum sorang-sorang macam orang gila. takpe. aku tak kisah. imaginasi masing-masing.

masa dekat sekolah dulu aku ada geng. cewah. bunyi geng tu macam ganas sangat je kan. tapi kami buka geng pecah rumah ok. itu pasti. kami tu dalam 9 orangla. boleh kata kami ni memang geng bermasalahla. tapi rekod disiplin kami bersih. itu juga pasti. nak pendekkan cerita satu malam masa tengah prep.

"weh kau panggil mak kau ibu kan?" orang 1.

"aah. kenapa? kau panggil mak kan?" orang 2.

"aah" orang 1.

pendekkan lagi cerita geng ini terdiri daripada 2 kelompok kecil. ni pehal bahasa aku ni macam bm A1 ni. pedulik. kelompok 1 yang panggil ibunya mak. kelompok 2 yang panggil maknya ibu. faham tak? kalau tak faham baca banyak kali sampai faham. malas nak terang benda mudah ni.

"apasal kau panggil ibu? ibu. ibu. mcam ibu ayam je. kah3" wakil kelompok 1.

"haha. siot je. yang kau tu panggil mak. macam mak nyah. kah3" wakil kelompok 2.

"ah kau. ibu ayam."

"kaula. mak nyah."

"ibu ayam."

"mak nyah."

lepas tu berlarutanla sepanjang malam perbahasan ala dewan makan tu. pasal masa tu prep dekat dewan makan.

bila aku ingat balik aku rasa sangatla bengong. macam manala boleh gaduh pasal benda yang sangat bengong ni. tapi sumpah! masa tu takde niat pun kami nak ejek mak masing-masing dengan panggilan kurang sopan. cuma berdebat pasal panggilan tu je. bengong kan kami? kalaula mak masing-masing tahu agak-agak diorang salah faham tak? hee.


thanks for reading!!

gunung pulai lagi

Posted by azack On Monday, January 17, 2011 3 orang turut merapu

semalam aku and ex-schoolmate mandi air terjun. best bai. air sejuk. pulak tu baru lepas hujan. memang gigil badan masuk dalam air. yang bertanggungjawab plan mandi-manda ni dayah. si driver van J** *8** yang selalu aku nampak atas jalan raya UTM ni. dia rancang pergi lepas zohor. aku pelik gak. apasal minah ni rancang mandi petang. dala petang selalu hujan. sampai dekat sana baru aku faham. kalau pergi pagi lagi ramai orang. susah nak dapat tempat mandi. ingat nak mandi sampai gunung pulai tu tutup. tapi ada pulak orang-orang yang perangai macam haram menyebabkan keinginan mandi-manda dengan buas terbantut. ceh! spoil. anyway layanla gambar-gambar yang sempat snap semalam.


sebelum mandi makan dulu. ye! memang pipi aku nampak besar. aku tengah kemam sandwich masa snap gambar ni. si baju hijau kak tee. si baju biru lin.

tu dia! mahu terjun? silakan.
yang berspeck tu dayah. si baju merah tu zati. kawan dayah.
aku baru masuk air. pasal tu baju tak berapa basah. dayah tu tengah massage + menggigil.
aku pulak nak massage. tapi. wth aku pakai speck masa mandi. pakai speck sekalipun takkan nampak batu dalam air.
aku nak buat gaya ala-ala pelakon mv big bang. farewell tajuk lagunya. tapi apakah? damn sungguh gaya aku.
tu jela yang dapat diupload. jenuh aku tunggu satu-satu gambar diupload. sekarang broadband dah berperangai beruk balik. tak larat dah nak layan berjam-jam tunggu upload gambar. kepada cik azza. sila jeles dengan kami. tula. siapa suruh kau pergi talk. hehe.


thanks for reading!!

im alone again

Posted by azack On Friday, January 14, 2011 1 orang turut merapu

turun dari moto dengan senyuman lebar. sambil mata tengok-tengok tingkap bilik dari bawah. lepas tu jalan naik tangga dengan excited melampau. fikir-fikir dalam hati. seronok da ada roomate. azam balik kelas mahu beramah mesra dengan roomate. hee. (^_^)

tapi sampai depan pintu balik rasa lain macam. tengok selipar toilet da tersadai dekat depan pintu bilik depan. tengok selipar toilet roomate pun takde. tengok pulak kasut-kasut dekat rak. tinggal kasut aku je yang tersadai dekat rak 3 tingkat tu. eh? dont tell me..... cepat-cepat pulas tombol pintu. kunci. oh no.....

pintu bilik terbuka. katil sebelah kosong tak bercadar yang menyapa mata aku. OMG. im alone again. cepat-cepat tengok phone atas meja. 1 message received.

Kak Da da pndh bilik da. aras yg sma. 30**

sedih. finally im alone again this whole sem. da tak boleh tidur tutup semua lampu lagi. pasal aku penakut. sebelum ni dia ada jugak mention aku yang dia tengah tunggu jawapan pejabat untuk tukar bilik single. aku ingat tak jadi sebab balik dari rumah hari selasa dia still ada lagi dekat bilik. tiba-tiba esoknya da kosong da katil sebelah tu. sedih. pergi tak say goodbye ke apa. just hantar mesej dekat phone yang tersadai atas meja. sedih. im alone again.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-sekejap je sedih pun. da biasa duduk sorang. hee.

katil sebelah da ada orangla

Posted by azack On Monday, January 3, 2011 2 orang turut merapu

aku da ada roomate.(^_^)


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-gilala taip entri pendek gini. siapa yang baca ni memang da terbazir masanya. hik3. maaf.

permulaan 2011

Posted by azack On Saturday, January 1, 2011 4 orang turut merapu

kepada semua. aku nak ucap selamat tahun baru 2011. hope this year will bring more happiness to all. semoga segala yang dihajati akan tercapai. and the most important thing hope this year will be better than last year. sebab kalau tahun lepas lebih baik dari tahun ni tu celaka. huhu.

sempena tahun baru ni orang lain pun sibuk-sibuk buat azam baru. nak kurusla. nak putihla. nak kahwinla. nak itu ini. aku? aku takdela kot. tak pernah ada azam yang betul-betul. azam poyo tahun lepas pun tak tercapai. sebab result yang hampeh tu. hehe. tapi ada satu yang aku nak ubah tahun ni. kalau boleh tak nak da pakai tudung straight lagi pergi kelas. tak faham?

terglamour pulak atiqah najlaa. huhu

macam nila aku pakai tudung pergi kelas. straight je ke bawah. ok je aku rasa. tapi kawan aku cakap macam makcik-makcik. huhu. sedih je. tahun ni berazam nak ubah. biar macam atiqah najlaa tu.(^_^)


thanks for reading!!