.yang meletup tu bukan mercun.

Posted by azack On Friday, October 8, 2010 2 orang turut merapu

petang khamis. dalam pukul 2.30 petang. waktu kelas separation processes. dekat bilik kuliah 1-8. waktu tu aku tengah khusyuk menyalin assignment kawan aku. dan waktu tu juga lecturer aku tengah sibuk godeh-godeh nota lecture untuk hari tu. tiba-tiba...

POP!! (macam ni kot bunyi meletup tu)

bunyi agak kuat. aku terus angkat kepala. toleh kanan + kiri + depan + atas - belakang - bawah. masing-masing terdiam. terkedu mungkin. mencari sumber bunyi letupan tadi. dalam hati aku da terfikir. siapala yang durjana sangat main mercun dalam kelas. tapi akhirnya kami tahu juga puncanya. bukan orang main mercun. tapi...

PROJECTOR yang meletup.

yup! projector kelas tu yang meletup. waktu aku terpandang projector yang meletup tu benda tu da berasap da. peh! dahsyat tak dahsyat fakulti aku. benda canggih macam tu pun boleh meletup. agak-agak berapa da umur projector tu sampai boleh meletup. aku agak mugkin dia da expired. ahaha~ tapi kan. aku rasa kelas tu yang da tua + angker gila. sebabnya lecturer ac aku pun cakap bumbung kelas tu da penah runtuh. gila da berumur kelas tu.

tapi kami semua bergembira dalam kecuakan tu. sebabnya. sebabnya. lecturer aku terus cancel kelas hari tu. yay! (^_^) terima kasih dr. aku memang tak akan lupala apa yang jadi hari tu. lepas-lepas ni aku da takut nak masuk kelas tu. takut nanti kerusi yang aku duduk pula meletup. ahaha~


thanks for reading!!

2 orang turut merapu:

ninie~ said...

dr hari khamis aku tnggu ko wt post ni..akhirnye~~~~~
ngeh3~~~

azack said...

haha! tahniah kat aku!

Post a Comment

bagi respon