tragedi motosikal

Posted by azack On Tuesday, November 22, 2011 0 orang turut merapu

da dekat setahun aku tak bawak motor. ni semua gara-gara aku jatuh motor langgar kereta yang baik punya parking. cait. sungguh memalukan. haha. baru-baru ni je aku beranikan diri bawak motor balik. siap bawak penumpang lagi. sangatla over confident dengan diri sendiri kan. haha. punyala over confident sampai terjebak dengan tragedi ngeri siang tadi. haha.


siang tadi sebab da lewat nak pergi kelas design punyala laju aku bawak motor. bibie dekat belakang just pasrah jela dengan cara pemanduan aku. sampai dekat simpang 3 ada pulak bas depan aku nak belok kanan. aku pulak nak belok kiri. punyala sempit space belah kiri tu sampai aku tak boleh nak cilok. ada 1 motor tu dengan confident je cilok belah kiri. jadi aku pun rasa macam berkeyakinan sikit nak masuk kiri ni. bibie dekat belakang dah bising tak bagi. tapi aku punyala degil masuk jugak sikit-sikit belah tepi tu. bibie marah aku stop. bibie diam aku lepas brek. sampaila aku betul-betul belah tepi bas yang ada angin panas keluar. nak terbakar jugak kaki bibie dekat belakang tu. hahaha. kesian bibie. last-last bas tu belok jugak dan aku selamat pun belok kiri dengan kaki bibie still in one piece. huhuhu.


lepas tu tragedi kedua pulak. selamat sampai dekat parking fakulti aku da aim da 1 petak parking ni. so aku pun slowkan motor. tekan brek dengan lancarnya. depan parking tu ada divider. entah macam mana aku boleh terpulas minyak masa tu. tapi tangan kiri still tekan brek. ternaik tayar depan atas divider tu. meloncat bibie turun dari motor takut punya pasal. huhuhu. nasibla aku tengah tekan brek masa tu. kalau tak mesti da langgar tempat duduk-duduk depan parking tu. gilala. siapa yang tengok kejadian tu mesti da gelak sakan dekat aku. huhuhu.


ni tragedi terakhir. waktu on the way balik bilik. sampai je dekat simpang 3 yang sama denga tragedi bas tadi aku pun nak belokla ni. da siap-siap bagi signal semua aku pun belok. adala 3 sekawan jalan kaki melintas dekat simpang tu. aku nak masuk lane aku ni 2 dari diorang tu macam menghalang jalan. jadi aku ambik keputusan nak makan lane sebelah sikit lepas tu masuk lane betul. sekali sorang tu dengan slow motionnya melintas. dia nampak motor aku nak masuk tapi dia just jeling-jeling gigit jari je. aku da hampir langgar dia tapi dia takde inisiatif langsung nak cepatkan langkah dia. kawan dia da jerit-jerit. tapi dia cuma gigit jari je. and aku end up dengan masuk lane sebelah sebab tak dapat nak cilok masuk lane aku. in other word aku di lane yang salah. ada satu kereta merah dekat lane tu. nasibla kereta tu slow je. kalau tak aku and bibie mungkin da arwah. hahaha. apa punya budak. boleh dia lenggang kangkung je melintas jalan. gila betul. tak pasal-pasal je aku kena tanggung risiko maut dekat situ.


tula tragedi motor aku hari ni. bahaya betul cara pemanduan aku. haha. tapi apa-apa pun tragedi ni tak buat confident aku bawak motor hilang. kalau hilang lagi ambik masa setahun tu nak pulih balik. kepada bibie mintak ampun banyak-banyak. tak pasa-pasal je dia terjebak dengan cara pemanduan bahaya aku. huhuhu.


lebih kurang macam nila motor yang terlibat dengan tragedi aku ni.






thanks for reading!!

love the sweetness

Posted by azack On Wednesday, November 16, 2011 0 orang turut merapu

jatuh cinta dengan lagu ni. huhu..


1, 2, 1, 2, 3, 4

Give me more lovin' than I've ever had
Make it all better when I'm feelin' sad
Tell me that I'm special even when I know I'm not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely gettin' mad, I'm so glad I found you
I love bein' around you
You make it easy, it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you

Give me more lovin' from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when I hurt so bad
Best that I've had, I'm so glad that I found you
I love bein' around you
You make it easy, it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you
I love you

You make it easy, it's easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you
I love you

1, 2, 3, 4
I love you
I love you



~PLAIN WHITE T'S~



thanks for reading!!

*nota kaki rapu-ini entri ke 100..huhu

betul tapi rare

Posted by azack On Friday, November 11, 2011 5 orang turut merapu

balik kerja hari tu mak aku bawak balik tapai pulut. dia cakap cikgu dari terengganu bawak balik. korang pernah tengok tapai? mestila pernah kan? dia balut dengan daun pisang kan? tapai yang aku nak cerita ni bukan yang macam biasa tu. eh tapi aku tak tahula kalau ada orang lain yang pernah tengok tapai macam ni. tapi bagi aku ni first time. nak cerita jugak.

tapai 3 serangkai
ha. korang pernah tengok tapai macam ni? tapai yang dibalut dengan daun getah. aku first time tengok ni. rasa dia takla sedap pun. rasa macam kelat-kelat daun getah tu melekat dekat tapai tu. so aku pun terfikir apa specialnya balut dengan daun getah tu? korang rasa apa specialnya daun getah tu?


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-tapai ni lagi comel dari awak EN.TAPAI. huhuhu.

hilang

Posted by azack On Thursday, October 20, 2011 1 orang turut merapu

sekarang aku perasan cara aku present apa-apa da semakin teruk. tak fluent. tak confident. selalu nervous. padahal presentation tak sebarapa sangat. nervous je lebih. tak tahu mana hilang semua confident aku sebelum ni.

aku ingat lagi masa dekat matrik dulu. nak kata fluent sangat tu takla. tapi takla teruk macam sekarang. aku boleh je explain dengan detailnya dekat orang. nervous masa awal-awal nak present tu ada. tapi bila da lama-lama ok je. siap dapat best presenter lagi dari cikgu aku. bangga sekejap. haha. *mintak lempang. tapi memang time tu aku macam banggala sebab apa aku explain semua orang boleh faham.

sekarang ni da takde pun macam tu. sekarang aku present selalu sekat-sekat. dari mula sampai habis presentation nervous tak tentu pasal. lepas tu bila explain orang semua buat muka macam blur. buat muka tak faham. aku tengok pun macam tension je. susah sangat ke ayat yang aku guna sampai tak faham. adeh. tertekan gila. dala asyik semput-semput je. tertekan lagi 2 kali ganda. adeh.

maybe sebab dulu dekat matrik subjek tu aku minat. aku cepat faham and aku boleh faham apa yang aku study. tapi bila masuk u takde pun subjek yang aku minat. semua yang aku present aku tak faham sangat. present pun sekadar cukup syarat je. sebab tu kot confident semua hilang. macam mana nak buat orang faham kalau diri sendiri pun tak faham. ye dak?

yang buat aku risau ni sebab sem ni aku kena present psm aku. macam manala aku nak present dengan confident yang makin hari makin menipis ni. adeh. kang lecturer tanya belit-belit sikit terus ternganga aku. terukla psm aku sem ni. huhuhu. macam mana ni? ada siapa-siapa tak nak buat kelas cara present yang ideal? aku mahu join dengan confidentnya. hahaha.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-present pun sekat-sekat nanti interview macam mana pulak?? adeh.

spaghetti bolognese

Posted by azack On Saturday, October 15, 2011 2 orang turut merapu

dialog bersama Pn. Siti Zalaha (mak akula):

ibu: fifi ada call ibu hari tu. dia takde tepon kau?

aku: takde pun. dia cakap apa?

ibu: ibu tanyala kau da masuk dapur ke. dia jawab da. ibu cakap lagi bagusla tu. da belajar buat apa je. dia jawab nanti balik fifi buatkan ibu eh. fifi da belajar buat spaghetti bolognese.

aku terdiam. em. spaghetti bolognese. nampaknya lepas ni mungkin ibu da takkan pandang mi paprik aku lagi. huh. tercabar. aku belajar buat lasagna nanti. tunggula.


spaghetti bolognese-to-be fifi someday


lasagna-to-be aku someday


thanks for reading!!

duit tolong jatuh dari langit please...

Posted by azack On Tuesday, October 11, 2011 2 orang turut merapu

handset asyik buat hal je semenjak 2 menjak ni. tension! dala takde duit nak beli yang baru. huhu. nak buat derma kilat nak beli handset baru boleh tak? huhu.. bilala ayah nak baik hati + pemurah nak belikan aku handset baru ni. adeh. takde ke duit yang boleh turun dari langit??


thanks for reading!!

komunikasi berkesan

Posted by azack On Tuesday, October 4, 2011 3 orang turut merapu

kelas komunikasi berkesan tadi belajar pasal perception and lecturer ada cakap macam ni:

"persepsi kita pada orang yang kita suka selalunya betul, baik, takde langsung cacat cela. tapi kalau pada orang yang kita da tak suka apa yang dia buat semua salah semua tak betul semua tak kena even apa yang dia buat tu betul je..."

dan it's soooooo true. kenapa ek?


thanks for reading!!