luar dalam. semua sakit

Posted by azack On Tuesday, March 29, 2011 1 orang turut merapu

penat-penat aku usaha nak lupakan dia sebelum ni.
ingat senang ke?
sampai leleh-leleh air mata.
sakit-sakit hati.
tiba-tiba dia datang balik.
creating new 'sweet' memory for me.
buat aku asyik teringat.
damn!
kuat lagi ke hati aku ni nak lupakan dia balik?
haih.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-5 hari berturut-turut balik malam. asyik kena angin malam je. da start coughing da. tak suka.

oh cik hati

Posted by azack On Monday, March 28, 2011 0 orang turut merapu

kalau hati da mula degil apa yang patut dibuat biar dia dengar cakap semula?


thanks for reading!!

pehal minggu kritikal ni pindah randah pulak??

Posted by azack On Friday, March 25, 2011 1 orang turut merapu

ok. aku tengah bengang ni. pehal semua test minggu ni nak cancel. lepas tu ganti minggu depan. kalau semua test ganti minggu depan maksudnya lagi satu minggu kritikal aku kena jumpa. haih! tensionla camni. tak bagi chance aku nak tarik nafas lama-lama. dala ada satu hari 2 test selang beberapa jam je. memang macam bestla kan. lecturer sangat baik hati sebab bagi 2 test sekali gus. baik kan? haih!

jadual test minggu depan:
28/3 PROCESS CONTROL (saje huruf besar. nak exaggrate)
31/3 project management
31/3 engineering economy

jawab project management free satu engineering economy. best!

tapi untuk minggu ni aku da lega. psm sudah siap! yeay! haha. tinggal nak hantar je. jangan kena reject sudah. penat tu buat. sampai gaduh-gaduh dengan group pc aku sebab tak nak buat discussion nak siapkan psm. ngeh3. finally siap jugak. legaaaaaaa.......

sebab psm aku da siap aku nak pergi poya-poya. pedulikla test yang melambak minggu depan tu. aku nak jugak pergi poya-poya. eh jap. poya-poya ke foya-foya ek? haha. ah janji korang faham. so. jom merong~ siapa nak join angkat tangan macam saya ni. ngeh3.


thanks for reading!!


*nota kaki rapu-2/4. nak pergi rafting tak ek? tolong fikirkan untuk aku.

jangan putus asa kawan-kawan!

Posted by azack On Saturday, March 19, 2011 2 orang turut merapu

minggu kritikal da nak sampai. kenapa kritikal? sebab..

21/3 hantar report pc untuk case study 3
22/3 kena siapkan report terakhir untuk lab separation
23/3 kena pergi career talk arahan dr mimi
24/3 test subjek project management yang aku tak faham satu apa pun
25/3 hantar first draft psm. malam tu ada test separation pulak

see? tak ke aku boleh jadi zombi macam ni? tapi apa-apa pun untuk kawan-kawan jangan penat lagi. jangan down. especially for iela. you can do it iela! huhu. and for bibie too. jangan hilang semangat ye kawan-kawan!

untuk korang aku dedicate lagu ni.

Go ahead as you waste your days with thinking
When you fall everyone sins
Another day and you've had your fill of sinking
With the life held in your
Hands are shaking cold
These hands are meant to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
Move along

So a day when you've lost yourself completely

Could be a night when your life ends
Such a heart that will lead you to deceiving
All the pain held in your
Hands are shaking cold
Your hands are mine to hold

Speak to me, when all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
Move along
(Go on, go on, go on, go on)

When everything is wrong we move along

(Go on, go on, go on, go on)
When everything is wrong, we move along
Along, along, along

When all you got to keep is strong

Move along, move along like I know you do
And even when your hope is gone
Move along, move along just to make it through
[x3]

(Move along)

(Go on, go on, go on, go on)
Right back what is wrong
We move along
move along by taar
hayati sambil buat kerja k.
thanks for reading!!

hari jumaat hari tu aku ada lab chemical reaction. tak berapa semangat nak pergi lab ni sebab kena buat report macam buat psm. sangat leceh. tapi eksperimen dia aku suka. mencabarla kot sebab ada mixing-mixing the chemicals. yang paling best hari tu buat eksperimen biodiesel. sangat suka. dia punya layer baik punya separate. tak percaya? tengok sendiri.

cun weh! i like!!

tapi hari tu aku da buat insiden. aku da terpecahkan dua-dua thermometer harapan dekat lab tu. ahaha~ ganas gila kan aku? sebelum tu group mate aku da terpecahkan satu measuring cylinder. aku pun sedap je takut-takutkan dia + kutuk-kutuk sikit. last-last aku pun sama. huhu.

macam ni cerita dia. waktu tu aku tengah buat eksperimen. tangan aku tengah pegang 2 kelalang kon dalam water bath. aku pun nak check suhu benda alah dalam kelalang tu. dengan budget terernya aku pun guna lagi satu tangan nak ambik thermometer. time aku nak ambik tu entah macam mana thermometer tu macam nak jatuh. aku nak sambut thermometer tu guna tangan yang sama. budget terer kan aku? ngeh3. sekali thermometer tu terhentak atas meja. dan berita baiknya dia terhentak atas satu lagi thermometer. haha! cayalah az! dapat pakej tu. pecah satu percuma pecah satu lagi. waktu tu pulak ramai orang tengah berkumpul dekat depan tu sebab tengah q and a dengan en zamry. habis semua orang pandang aku. malu tak yah cakapla. aku buat muka relax je. budget cool. padahal dalam hati da cuak. cuak sebab takut kena bayar ganti rugi. huhu.

ni dia thermometer harapan. dua-dua aku da pecahkan. lagi satu mungkin da terbang entah ke mana.

aku pun nak tunjuk hasil kerja aku dekat group mate aku. aku pun angkat thermometer tu. dan jeritan en zamry "jangan pegang!" buat aku jadi kaku terus. lagila aku malu berganda. tapi lepas tu semua orang datang je kumpul dekat tempat aku sebab nak tengok mercury. teringat richard diaz cakap "bila plant shutdown baru kita boleh tengok apa ada dekat dalam". tapi kes aku ni bila thermometer da pecah baru boleh tengok mercury dekat dalam. ngeh3. nak tengok mercury?

ni dia mercury. kalau tak sebab aku mana nak dapat tengok ni.

kesimpulannya kalau ada group mate kau pecahkan barang lab jangan gelakkan. sebab nanti kena batang hidung sendiri. ngeh3.
thanks for reading!!

cikgu cikgi

Posted by azack On Wednesday, March 2, 2011 0 orang turut merapu

semalam masuk kelas separation lambat. seperti biasala. masuk-masuk kelas je da kena tanya dengan dr. hanapi. "you dapat li dekat mana?" aku pun gelengla tanda belum dapat lagi. stress betul aku ingat pasal li ni. beliau pulak tanya. makin bertambah stress aku. lepas aku geleng tu terus dia start ceramah free. cakap pasal kerjala. apala. mata aku pun makin berat je. tapi tahan jugakla. pasal aku duduk depan sekali. dengar jugakla apa beliau cakap. "perempuan ni susah nak dapat kerja engineer. lelaki je yang ramai. ada ke perempuan yang boleh tahan angkat paip air. kerja panas-panas. kalau tahan pun kejap jela. sampai bila kan nak kerja panas-panas macam tu. perempuan ni sesuai jadi cikgu. lecturer. kan? bla bla bla........"

jadi cikgu. sekarang ni orang ambik jalan senang. kalau takde kerja apply cikgu. jadi cikgu ni entah da choice ke berapa entah bagi sesetengah orang. tapi aku respectla siapa yang memang ikhlas nak jadi cikgu. cuma sesetengah orang je yang jadikan cikgu tu kerja bila desprate. sebab tula susah nak dapat cikgu yang berkualiti sekarang. tapi pada aku cikgu bukan kerjaya pilihan. walau aku terdesak takde kerja pun aku kalau boleh tak nak apply jadi cikgu. pasal apa?

1. aku garang bila mengajar orang. aku pun tak sedar. alih-alih je kawan aku komplen. "kau ni garang sangatla". "garangnya kau ni". aku pun tak tahu macam mana aku boleh tergarang bila mengajar orang. mungkin tanpa sedar tone suara aku makin tinggi. bukan niat nak marah pun. tapi semulajadi. bila ajar je mesti orang komplen garang.

2. aku tak suka bila orang tanya banyak-banyak kali. serius tak suka. rasa macam tadi aku ajar tak kan kau tak faham-faham kot. bukan aku tak suka nak ajar orang. aku suka je. boleh tambah ilmu yang ada kan. tapi nak terang banyak-banyak kali ni rasa macam penat. lepas tu mulala aku nak start high pitch. ajar pertama kali pun pitch da high. yang kedua lagila bertambah high. ye dak?

3. aku tak suka mengajar sebab aku takut tersalah ajar. even benda tu aku da confident betul. still aku takut. aku takut nanti bila ajar salah orang cakap "apa ni az. ajar salah". memang sangat tak suka macam ni. rasa macam sangat bodoh sebab salah tapi nak ajar orang. karang aku jadi cikgu student aku cakap macam tu lagi memang malula.

4. tak suka pergi mesuarat agung pibg. lama kot mesyuarat. lepas tu macam takde input je. tiap-tiap tahun pumpang-pumpang cerita macam mana nak baiki keadaan sekolah. tapi sama je. lepas tu masalah tahun ni boleh ulang untuk mesuarat tahun depan pulak. tak ke membazir masa dekat situ. baik balik rumah tidur. tak pun tanam pokok bunga. ada jugak faedahnya.

5. tak suka dengar ucapan pengetua tiap kali perhimpunan. sangatla zzzzz. dala pagi-pagi buta. lepas tu cikgu-cikgu semua duduk ngadap student. kot dibuatnya aku tersengguk. tak ke malu 7 keturunan macam tu. macam manala cikgu-cikgu sekolah aku dulu boleh tahan mengantuk. aku yang berdiri dengar ucapan pun rasa macam nak tumbang. diorang yang duduk selesa tu tak mengantuk ke?

tu jela kot kenapa aku tak boleh jadi cikgu. orang lain aku tak tahula. tapi aku dengan kerjaya guru ni memang tak masuk. tak kena dengan jiwa. aku da terfikir nak jadi despatch je kalau da tak dapat kerja sangat.


thanks for reading!!