14.10.12

Posted by azack On Tuesday, October 16, 2012 3 orang turut merapu

bila tengok dekat facebook je bersepah-sepah orang post pasal konvo. especially course mate aku. 14.10.12 hari tu aku and course mate da oficially graduated dari UTM sanjungan bangsa. hari tu kami da selamat berkonvo. rasa bangga and happy sangat-sangat tak payah ceritala. selama 4 tahun belajar dekat UTM akhirnya selamat juga kami berkonvo. dan sekarang kami sudah secara rasminya menjadi alumni UTM.

masa mula-mula nak naik pentas tu memang nervousla kan. macam-macam kitorang fikir. takut tersadung tanggala. takut terpijak jubahla. takut jatuh depan VIPla. takut gambar tak cantikla. macam-macamla. tapi bila nama da kena sebut ALHAMDULILLAH sebab dapat berjalan naik dan turun pentas dengan jayanya. hidung memang kembang kuncupla bila naik pentas. banggala kononnya. kih3.

ok. kita tengok gambar jela. malas nak cerita panjang-panjang.


sayang ibu ayah!

baru lepas nangis. hodoh!

beloved family

ni mak angkat saya. masa kecik-kecik dia yang jaga


dapat jugak pingat tu

with another atiqah

kawan-kawan masa praktikal. korang best!


ni keluarga angkat. masa kecik-kecik selalu main sama-sama

my super women!

mengharap seseorang...

terima kasih yang memberi bunga

haa.. cukupla gambar ni. ni pun da terpusing-pusing. tak reti aku nak betulkan macam mana. sungguh aku memang bodoh teknologi. kah3.

kepada ibu dengan ayah terima kasih sebab besarkan orang selama ni. kejayaan orang ni hadiah untuk ibu dengan ayah. semoga ibu dengan ayah bangga dengan orang dan takkan berhenti doakan kejayaan orang lagi lepas ni. love both of you soooooo much!

kepada kawan-kawan yang sama-sama berkonvo tahniah. akhirnya kita berjaya jugak habiskan 4 tahun yang penuh cabaran ni. UTM memang banyak mengajar kita erti kehidupan. semoga kita akan terus berjaya lepas ni. jangan berhanti berusaha dapatkan yang terbaik. and last but not least hope that our friendship last forever! INSYAALLAH.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-gambar terpusing-pusing. tak boleh nak adjust da. maaf.

loser loser loser

Posted by azack On Wednesday, July 25, 2012 1 orang turut merapu

Assalamualaikum


da sekat sebulan aku duduk dekat rumah. maksudnya da dekat sebulan jugakla aku officially not a student of utm anymore. suppose to be very happy sebab da tak perlu mengadap buku and all those assignments. tapi sebenarnya aku rasa angat loser bila da habis belajar. sebab apa? sebab da dekat sebulan menjadi penganggur terhormat lagi berdedikasi. huk3. -.-"

sebenarnya aku pun belum ready lagi nak masuk alam kerja ni. ramai member yang da kerja + suruh + ajak aku cari kerja. tapi tula badan tak ready lagi nak penat. mata tak ready lagi nak bangun awal lagi. jadi aku memang sanggup jadi loser sikit-sikit buat masa sekarang ni dari nak penat badan. kah3. ni alasan orang pemalas. sila jangan contohi.

tapi sekarang baru rasa sangat-sangat loser bila takde duit nak buat apa-apa. pergi shopping pun terpaksa mintak duit mak. loser kan. kah3. jadi sekarang aku pun cuba berusaha merajinkan diri cari kerja. tapi takde dala rezeki nak melekat. padan muka aku. *ketuk kepala dekat dinding.

kawan-kawan yang da dapat kerja tu jangan lupala dekat aku. hari ni hari gaji jadi sesiapa yang nak belanja tu aku alu-alukanla. bulan puasa kan bagus kalau nak bersedekah. ngeh3. (^_^)


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-lagi bertambah loser bila berat badan bertambah gara-gara makan + tidur saje. -.-"

yang aku tahu menangis saje..

Posted by azack On Thursday, June 14, 2012 1 orang turut merapu

da lama gila aku tak merapu dekat sini.. da tebal berapa inci entah habuk yang da melekat.. takpe.. hari ni aku kasi bersih semua habuk sebab nak merapu skit-sikit dekat sini..


sekarang ni tengah minggu exam.. aku baru lepas satu paper.. orang lain ramai yang da habis.. untunglaa kan (ada bau-bau cemburu di situ).. esok aku ada satu paper.. tapi sempat lagi kan nak merapu dekat sini.. esok confirm aku merapu jugak dekat kertas jawapan.. ngeh3..


dalam minggu exam ni banyak betul dugaan.. hari ni je aku sangat-sangat terduga sebab pagi tadi kena cirit-birit (ok.. selekah sangat).. hahaha.. tapi nak cerita jugak.. lebih kurang 4 5 kali jugak aku ulang alik ke tandas.. luckily aku takde exam ari ni.. kalau ada tak tahula macam mana aku nak tahan.. huhu..


then maghrib tadi aku menangis.. aku tak tahula aku menangis sebab apa.. mungkin terasa hati sangat dengan seseorang.. aku memang kuat menangis.. memang nature aku kot dari kecik.. terasa sikit je menangis.. untuk air mata maghrib tadi aku tak tahu aku yang patut terasa hati or seseorang tu.. seriously aku da penat sangat nak fikir pasal orang..


kan bagus kalau boleh shut downkan sistem perasaan untuk beberapa jam.. takdela kita sibuk nak fikir pasal orang je.. takde rasa nak marah ke sedih ke kecewa ke.. kan bagus.. im too tired thinking about this whole thing.. it never come to the end.. it had been 4 years but the situation is almost the same.. semakin kita kenal orang semakin banyak undefined feeling yang datang..


eh.. aku ni kalau dekat sini mesti nak merapu pasal feeling.. bencik ah.. hahaha.. dala.. want to continue my study sebab tak nak merapu dekat kertas jawapan esok..




thanks for reading!!

wordless wednesday SATU

Posted by azack On Wednesday, February 29, 2012 0 orang turut merapu


barang dia bagi pun mogok jugak benci kat aku.. sedih.. huhu..




thanks for viewing!!