hari sabtu sampai hari isnin lepas hari konvokesyen utm ke 47. ramaila jugak rakan-rakan dan mereka-mereka yang aku kenal konvo. pendekkan cerita ramai pulak mereka-mereka yang konvo ni dapat pingat. so aku and mereka yang lain (najla, sakinah, bb and iela) pun semangat jugak nak dapat pingat bila konvo tahun depan. punyala berkobar kan. sampai nak buat apa pun mesti ingat nak dapat pingat. so dekat sini aku senaraikan sikit 'tips' kami nak dapat pingat tahun depan. memandangkan tinggal lagi 2 sem je nak kejar pingat jadi usaha kami pun agak mantap. cewah! poyo sangat kan. hahahaha.
1. merajinkan diri jumpa lecturer psm untuk dapat A+ psm. kalau dapat A+ psm boleh naikkan pointer. jadi kemungkinan dapat pingat tu da ada.
2. setiap kali balik kelas study balik apa yang lecturer ajar. tips ni mungkin nampak macam poyo sebab kitorang ada sikit malas nak buat. huhuhu. tapi walau apa pun kami cuba merajinkan diri untuk buat tu. huhu.
3. dalam kelas duduk depan sekali. kalau duduk depan sekali confirm segan nak tidur depan lecturer. jadi walau ngantuk macam mana pun mesti kena tahan. bila da tahan tu mesti dapat dengar apa lecturer cakap. jadinya banyakla ilmu dapat diserap kan untuk kegunaan masa depan.
4. mengurangkan aktiviti tak berfaedah seperti berborak lama dekat meja makan lepas habis makan. kita kena kejar masa. jadi masa-masa yang terluang tu boleh diisi dengan benda yang lebih berfaedah macam discussion ke study group ke walaupun lebih banyak borak dari study. sila jangan contohi ni.
5. merajinkan diri membaca buku ilmiah. dalam erti kata lain buku teks yang mahal tebal tula. baca untuk tambah kefahaman supaya bila orang soal kita boleh jawab tanpa segan silu. huhu.
6. aim 4.00 untuk 2 sem ni. cewah! agak poyo di situ. hahahaha....
cukupla ni kot 'tips' power dari kami. eh. ni cuma perancangan je. belum buat pun. huhuhuhu. jadi jangan tertipu sangatla bila kami kata kami serajin itu. kami masih mencari kekuatan lagi. ngeh3. doakan kami berjaya buat and dapat pingat. huhuhuhuhuhu.......
thanks for reading!!