melaka bandaraya bersejarah

Posted by azack On Tuesday, June 28, 2011 3 orang turut merapu

jom jalan-jalan dekat melaka!


kami kembar tak seiras!
driver peacela jugak!
kami dekat melaka sentral. tunggu orang johor.
"alala tomeinya" kata azah. kata aku "sila abaikan jerawat aku!"
aina terselindung lagi.
dekat dalam istana.
sama tak dengan yang belakang tu?
gadis melayu 2011.
kami bukan budak darjah 1 ok.
abaikan kaki yang terangkat tu. sungguh aku tak like gambar ni!
pakcik! mana gambar mata aku?!
masing-masing da feeling nak kahwin.
dekat taman larangan istana. memang terlarang!
meriam tu tuju dekat amir 'azizan! pasal diala aku tak boleh ambik gambar depan bangunan tu.
tak tahu apa yang diorang tengok.
like sangat!
panas pun posing beb!
jack sparrow!
skandal kapal!
kaki da penat and sakit.
beratur nak naik river cruise.
while river cruising.
jeles sama ari pasal dia ada 2 orang bodyguard.
abaikan senyuman aku!
seladang tu anu kaki dia bila aku datang dekat. memang tak tipu seladang tertarik dengan warna merah.
posing budak darjah 3.
nyaris kena patuk dengan burung unta.
self timer time!
dia bijak ok!
ular albino.
geli tengok telur dengan kepala anak ular tu.
fokus dekat mata dia. ada macam mata aku bila pakai lens tak? haha!


ok. gambar dah habis. huhu. kitorang jalan 2 hari berturut-turut. dari pagi sampai malam. memang tak ingat duniala. terbengkalai semua kerja yang kena siapkan. tapi puas hatila. korang pun kena jalan dekat melaka ni. especially atiqah najlaa. huhu.




thanks for reading!!

aku rasa bersalah sampai sekarang...

Posted by azack On Tuesday, June 21, 2011 3 orang turut merapu

ni entri untuk join contest dr siti hamidah. sesiapa yang nak join boleh klik sini. hadiah pun menarik. boleh buat duit raya. huhu.




ok. cerita dia macam ni. waktu ni aku tak ingat umur aku berapa. memang kalau boleh tak nak ingat benda ni. sebab bila ingat mesti rasa bersalah. petang tu aku main basikal dengan sorang kawan, adik-adik, and sepupu aku. waktu tu kecik lagi kot. kitorang main basikal roda 3 tu. syokla time tu sebab baru pandai nak kayuh-kayuh. semua take turn je nak main. yang kecik-kecik bonceng jela pasal tak reti lagi nak kayuh-kayuh. kitorang main dekat area masjid. dekat je dengan rumah.


sampaila turn aku nak kayuh-kayuh. aku bonceng adik sepupu aku. seronok tu. bawak laju-laju. sepupu aku pun gelak-gelak sakanla. lama jugak aku bonceng dia. mula-mula dia gelak-gelak suka. lama-lama tu dia diam. aku pun tak perasan dia tiba-tiba diam. sampaila kawan aku tegur ada benda meleleh atas jalan. aku berhentikan basikal. tengok-tengok atas jalan. DARAH! aku da mula cuak. aku pandang sepupu aku. dia diam je. aku tengok kaki dia. da penuh dengan darah. time tu aku tambah cuak. tak tahu nak buat apa. aku dengan kawan aku terus angkat dia dari basikal. time ni dia da start nangis. lagila aku rasa macam nak nangis. takut. cuak. risau semua ada. aku basuh darah dekat kaki dia dekat paip. tapi darah tak stop. makin lama makin banyak meleleh. aku pun makin takut.


time tu aku da fikir mak aku. takut dia marah. aku fikir pasal sepupu aku. takut apa-apa jadi. last-last aku terus lari bawak budak tu balik rumah. time ni dia nangis makin kuat. semua orang lari keluar rumah nak tengok apa jadi. aku pun dengan takut-takut cakap "kaki angah berdarah". bapak dia terus lari nak tengok. memang kelam-kabut semua orang time tu terus bawak dia pergi hospital. seminggu dia kena tahan dekat hospital. seminggu tu jugak aku hidup dengan rasa bersalah. mak aku pun bising marah-marah. rasa macam nak nangis jela seminggu tu. dalam hati memang harap tak jadi apa-apala. mak aku cakap jari kaki dia tersepit dekat rim basikal. lagila aku tambah sedih.


lepas seminggu dia keluar hospital. aku nampak jari kaki dia berbalut dengan plastik. aku tak berani nak tanya. ayah dia cerita dekat mak aku jari dia kena potong. aku tak nak percaya. aku ingat diorang saja nak takutkan aku. tapi waktu aku masuk toilet aku nampak mak dia mandikan dia. mak dia cabut plastik tu. aku nampak sendirila memang jari dia da kena potong. time tu memang rasa nak nangisla. rasa bersalah sangat-sangat. sampai sekarang bila aku tengok kaki dia rasa bersalah aku datang. yang buat aku lagi rasa bersalah bila dia nangis cakap sakit. aku diam je tak tahu nak cakap apa. tapi sekarang dia ok. nasibla dia tak dendam dengan aku. kalau dia dendam dekat aku memang tak tahula nak cakap apa. nak cakap sorry pun takut.


jadi pesan aku. tengok-tengokla adik korang yang kecik-kecik tu main basikal. jangan jadi macam aku. dari kecik sampai besar hidup dengan rasa bersalah. huuu... so. aku nak tag mardiah, afiq and mimin.




thanks for reading!!

ini cerita honda

Posted by azack On Sunday, June 5, 2011 2 orang turut merapu

da semacam berhabuk jugak blog aku ni. rasa macam da lama sangat tak update. sekarang aku da nak masuk tiga minggu praktikal dekat honda. so memang takde masa kot nak mengarang dalam blog. baru pukul 10 mata aku da terbayang bantal dengan sleeping bag sebab penat. rumah sewa pun pukul 11 je da off light. masing-masing da terbaring. manala ada masa kan nak online.

nak kata best kerja dekat honda tu bolehla. tapi penatla. sakit kaki semua ada. masa minggu first memang sakit tumit kakila dengar orang briefing pasal proses dalam honda. ngantuk tak payah cakapla. berdiri pun aku rasa macam nak tertidur. masa third day baru aku masuk dekat section aku. masa mula-mula memang takutla. sebabnya dalam section tu aku sorang je. section lain dapat 2 orang. aku mula fikir macam mana nak bercakap dengan orang dekat situ. aku dala selalu diam angguk-angguk geleng-geleng je. memang laju je jantung aku berdegup masa tu nervous punya pasal. tapi bila da masuk tu rasa lega gila sebab semua orang sangat baik.

aku masuk equipment section. dalam section tu aku dengan sorang associate tu je perempuan. yang lain semua lelaki. lagila aku gila nervous. tapi nasibla semua baik-baik. kira okla. tapi kerja dengan lelaki kan. faham-faham jela. hari-hari aku kena sakat. kena sabar jela bila kena bahan.

best kerja dekat honda ni sebab lunch free. huhu. lepas tu tiap pagi ada taisou. rasa macam makin sihat. haha. lepas tu pergi kerja pun sempoi je. pakai jeans pun ok. baju rasmi kitorang (budak rumah) pergi kerja jeans, short sleeve dengan cardigan. kerja dekat sini pun boleh buat aku kurus. hari-hari kena jalan ulang alik dari office ke stor. then dari stor ke office balik. terbakar lemak-lemak terkumpul. ngeh3.

dekat honda tu semua orang tanya kos aku apa dekat u. bila aku jawab chemical engineering semua buat muka pelik. aku faham sangatla. apa kejadah kan budak chemical kerja dekat kilang kereta. dapat pulak department pasang part-part kereta. lagila takde kena mengena kan. tapi aku redha jela. maybe ada benda lain yang aku boleh belajar dekat situ. bos aku pun da assign project untuk aku. kira macam tak lost sangatla kerja dekat situ.


aku ada lagi 11 minggu dekat situ. harap-harap sangatla aku boleh belajar banyak lagi benda dekat situ. bos aku pun cakap "awak kena rasa bertuah dapat masuk honda ni. masuk equipment ni. tak payah awak nak faham proses dalam honda ni sangat. awak cuma perlu faham sistem dalam equipment ni je. bila awak da faham nanti awak nak kerja dekat tempat lain pun masih boleh guna sistem tu". harap apa yang bos aku cakap tu menjadi kenyataanla kan. huhu.


thanks for reading!!