hari isnin ni da start praktikal. tapi tahap kemalasan aku makin hari makin bertambah-tambah. beg pun aku tak packing lagi. hari-hari fikir nak bawa baju apa sebelum nak packing barang. tapi tak pernah dapat jawapan. dan kesimpulannya barang masih belum dipacking sampai sekarang.


dari hari isnin hari tu aku asyik fikir nak pergi melaka hari sabtu ke ahad. padahal esok da sabtu da tapi belum lagi dapat jawapan. tapi aku rasa tengok keadaan aku sekarang ni memang automatik jawapan dia hari ahad. hehe. aku memang paling tak suka buat keputusan kalau ada dua benda yang aku kena pilih. macam contoh nak makan mihun sup ke nasi lemak. nak nak pergi hari ni ke lusa. nak ikut ibu ke ayah. seriously tak suka. sebab apa? sebab aku mesti fikir macam ni. kalau buat ni jadi ni. tapi kalau buat tu dapat tu. benci. lagi satu aku tak pernah dapat jawapan yang solid. contoh macam kalau nak pergi ke tak even aku da siap semua pun aku masih lagi fikir nak pergi ke tak. gila susah aku nak buat keputusan. haih.


ok. apa yang aku melalut ni. sungguh takde kena mengena dengan tajuk. dala. aku nak fikir lagi nak pergi melaka hari sabtu ke ahad walaupun tadi macam da buat keputusan nak pergi hari ahad.




thanks for reading!!


*nota kaki rapu-sebelum buat entry ni pun aku fikir nak buat ke tak nak and even aku da taip tajuk pun aku masih lagi fikir nak buat entri ni ke tak nak. mencik!

2 orang turut merapu:

~anchor~ said...

aku lapa.. < ini pon tade kaitan dgn entri ko...

hwaiting! semoga ko berjumpa jodoh, eh tak... haha

azack said...

jodoh?
cait!
kau pn mcm mber aku.
asek sbut psl technician laki yg rmai je.
huhu..

Post a Comment

bagi respon