menantu lelaki nenek aku.

yang no 1.
selalu kasi bini hot. makin bini dia hot makin dia suka. hot dekat sini maksudnya marah ye. bukan hot seksi. ngeh3. makin bini dia geram makin dia buat. orang lain tak tahula. mungkin hot jugak kot dengan dia.

yang no 2.
tak nak campur orang. sekali pun tak nak masuk rumah nenek aku selagi belum hari raya. kalau bini dia jalan-jalan kejap pergi rumah nenek 5 minit kang dia call. tanya bila nak balik. bukan rindu. tapi tak nak bini dia campur orang jugak macam dia kot.

yang no 3.
panas baran mungkin. pantang salah sikit nak ngamuk je kerjanya. pernah satu malam. tengah malam mungkin dia mengamuk dekat rumah nenek aku. terus start kereta balik rumah sendiri. lepas tu berbulan-bulan tak balik kampung. time raya baru nampak batang hidung. insaf mungkin. ngeh3.

yang no 4.
ni kira okla. tapi tak boleh ikut sangat bak kata mak aku. tapi bagi aku dia yang the bestla.

yang no 5.
ni tak tahula nak cerita. dia punya tak campur orang lagi teruk kot. yang lain-lain tu at least time raya nampakla batang hidung nak mintak ampun dengan nenek aku. tapi dia. haram.

bukan niat aku nak ngutuk mereka. tapi tula. zaman sekarang ni susah nak cari menantu yang betul-betul berkualiti. bukan lelaki je. perempuan pun. sama je dua-dua. menantu mak aku pun tak tahula macam mana gayanya. haih.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-aku bukan nak cari suami. aku nak cari pemimpin. dunia akhirat.

1 orang turut merapu:

Nasuha Salleh said...

moge kte x trglong dlm org2 mcm tu ;P

Post a Comment

bagi respon