lasagna lazat. lazat ke?

Posted by azack On Saturday, April 23, 2011 1 orang turut merapu

da lama sebenarnya masak lasagna ni. tapi baru hari ni nak post. sila kutuk kelembapan aku. aku tak marah. i'm cool. ngeh3. ok. straight to the point je. jom belajar buat lasagna.

bahan wajib. lasagna. boleh beli dekat jusco taman u. kasi rebus.

bahan lain: bawang besar, tomato, cendawan tin, crab stick, tomato tin, cheese.


daging hancur. kasi rebus.

potong bawang bentuk dadu.

bukak crab stick. potong cendawan nipis-nipis.

minyak kasi panas.

tumis bawang sampai wangi.

masukkan tomato tin lepas bawang wangi.

and tomato tin lagi. tumis sampai masak tomato tu.

then masuk tomato betul. lupa nak cakap. tomato tu pun bagi dadu jugak.

masuk cendawan pulak. masak sampai cendawan agak lembut.

black pepper. bagi rasa pedas-pedas sikit.

bahan wajib dua. garam. ajinomoto optional.

last sekali baru masuk daging.

hasil. (^_^)

buat layer dalam mangkuk. pastikan mangkuk yang boleh masuk microwave or oven.

second layer letak lasagna.

then buat layer inti. lepas tu letak crab stick and cheese. tak yah potong macam tu pun boleh. kami memang berjimat.

ulang benda sama sampai bahan habis.

bolehla nak tabur apa-apa yang suka dekat atas tu.

last sekali masuk dalam oven. advice dari tukang masak tutup bekas tu sebelum masuk dalam oven. sebab nanti bahagian atas boleh kering.

kami lupa nak snap gambar bila da siap. tak sempat snap da lesap. ngeh3.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-jangan tanya mana kami dapat oven.

semalam kami poya-poya. nanti esok kami studyla.

Posted by azack On Tuesday, April 19, 2011 2 orang turut merapu

study week da start da. malas gila nak study. baca awal-awal nanti lupa balik. terpaksala study bila exam nak dekat nanti. itu alasan orang malas. sila jangan ikut. hee.. 

disebabkan kemalasan masing-masing kami ambik keputusan berpoya-poya. plan asal cuma nak sarapan roti canai dekat taman u and servis kereta. tapi plan diubah untuk poya-poya terus. alang-alang da keluar kan. so si bibie pun gigih menyiapkan reflection journal process control and yang lain gigih memprint assignment project management semata-mata nak keluar.

the journey started by submitting apa-apa yang patut. da siap semua urusan terus pergi taman u nak servis kereta. sementara tu pergi makan dekat jusco. layan gambar jela. malas dala nak mengarang.






mereka-mereka yang terlibat



servis sangat lambat. kami posing dulu.

dari kiri: bibie's, tiny's, az's, iela's, tiqa's, sakinah's

mereka suruh komen. nasi sikit. dala lambat. mereka yang kebulur sangat kecewa.

muka kecewa~
dekat angsana. lepas karaoke main bowling kejap. lepas tu sambung shopping.

sembahyang maghrib. permintaan sakinah nak sembahyang dekat masjid yang besar.kami 'bagi' masjid sultan abu bakar dekat dia.




dinner dekat gerai depan pantai lido. plan asal nak makan chicken chop dekat hutan bandar. tapi hari isnin mana bukak. kecewa lagi.

hari tu je berapa kali aku melantak. gambar melantak dekat angsana lupa nak ambik. memang balik-balik buncitla. lepas dinner tu ingat nak pergi layan uptown. tapi tak tahu jalan. so terus balik dengan rasa kecewa. hari poya-poya da habis. azam esok nak start study. doakan azam aku tercapai.


thanks for reading!!

learn anytime anywhere???

Posted by azack On Tuesday, April 12, 2011 0 orang turut merapu

aku memang sakit jiwa je dengan elearning ni. hari tu aku try problem. hari ni aku try problem lagi. bila masa elearning ni tak problem? dala kena upload reflection journal dekat en zamry. en zamry ni pun satu. aku da hantar by hand da tapi still nak suruh upload dekat elearning. macam dia tak tahu je elearning memang selalu bermasalah.

tengok. trademark bukan main. learn anytime anywhere. tapi.....

ni mana aku nak dapat certificate ni? aku je yang problem ke orang lain boleh je?

ok. sesape tolong selesaikan masalah aku. mana aku nak dapat certificate kejadah ni semua?


thanks for reading!!

ada dua hari yang aku tak suka dekat utm
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
hari pendaftaran subjek and hari pendaftaran kolej.

benci tahu!


thanks for reading!!

mr husband. boleh bagi saya anak kembar tak?

Posted by azack On Friday, April 8, 2011 2 orang turut merapu

ok. tajuk je pun da tunjuk betapa aku sangat gatal. mood aku pagi ni agak gedik-gedik. jadi aku tak pedulik. aku nak jugak buat entri ni. ngeh3.

kenapa aku sangat nak anak kembar?

1. aku bukan pesen yang kahwin-kahwin terus nak anak. lepas kahwin kena hold dulu. bagi aku manja puas-puas dengan suami (gila gatal ok!) lepas tu baru nak fikir pasal anak. aku tahu orang melayu memang jenis yang akan keep asking "kenapa tak mengandung lagi?" or "bila nak berisi ni?" or lebih makan dalam lagi "anak makcik M yang nombor 2 tu da beranak lagi satu da kan?". so bagi menutup mulut mereka-mereka yang macam ni aku nak lahirkan dua orang sekali gus. biar semua terdiam dan terfikir "patutla lambat beranak. sekali beranak terus dua". tapi kalau tak dapat nak tutup jugak tak tahula.

2. sweetla anak kembar ni. kan? ke tak? lantakla. janji pada aku sangat sweet. macam adik aku. sweet je masa kecik ambik gambar sama-sama even muka langsung tak sama. lagi tak sama lagi sweet. kalau lain-lain jantina lagi sweet. barula orang terpegun sikit. ye dak?

alalala. sweet kan? they love each other deeply.
3. senang dapat anak kembar ni. sekali keluar terus dua. lepas tu boleh hold balik nak manja-manja dengan suami lagi (sangat gatal lagi. tak boleh bla!). ngeh3.

4. nanti takdela mak dengan mak mentua aku berebut nak pegang cucu. dua-dua dapat pegang. dua-dua pun puas hati. nak bagi nama? lagi senang. tak yah berebutla nama apa nak guna. dua-dua pun boleh bagi nama. senang cerita. kan?

tu jela kot aku boleh fikir buat masa ni. tak kisahla atas sebab apa pun aku nak anak kembar. memangla susah sikit nak jaga anak kembar ni. tapi berbaloila kan? harga pengorbanan nak lahirkan tu pun besarla sikit berbanding dengan yang biasa. ye dak?


thanks for reading!!

menantu lelaki nenek aku.

yang no 1.
selalu kasi bini hot. makin bini dia hot makin dia suka. hot dekat sini maksudnya marah ye. bukan hot seksi. ngeh3. makin bini dia geram makin dia buat. orang lain tak tahula. mungkin hot jugak kot dengan dia.

yang no 2.
tak nak campur orang. sekali pun tak nak masuk rumah nenek aku selagi belum hari raya. kalau bini dia jalan-jalan kejap pergi rumah nenek 5 minit kang dia call. tanya bila nak balik. bukan rindu. tapi tak nak bini dia campur orang jugak macam dia kot.

yang no 3.
panas baran mungkin. pantang salah sikit nak ngamuk je kerjanya. pernah satu malam. tengah malam mungkin dia mengamuk dekat rumah nenek aku. terus start kereta balik rumah sendiri. lepas tu berbulan-bulan tak balik kampung. time raya baru nampak batang hidung. insaf mungkin. ngeh3.

yang no 4.
ni kira okla. tapi tak boleh ikut sangat bak kata mak aku. tapi bagi aku dia yang the bestla.

yang no 5.
ni tak tahula nak cerita. dia punya tak campur orang lagi teruk kot. yang lain-lain tu at least time raya nampakla batang hidung nak mintak ampun dengan nenek aku. tapi dia. haram.

bukan niat aku nak ngutuk mereka. tapi tula. zaman sekarang ni susah nak cari menantu yang betul-betul berkualiti. bukan lelaki je. perempuan pun. sama je dua-dua. menantu mak aku pun tak tahula macam mana gayanya. haih.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-aku bukan nak cari suami. aku nak cari pemimpin. dunia akhirat.