eh! tak boleh?

Posted by azack On Sunday, February 27, 2011 2 orang turut merapu

aku bangun awal pagi ni. semangat gila nak buat psm. tapi akhirnya terstuck dekat blog ni. kenapa eh orang yang ada blog automatik je hobi dia blogwalking? ni pakej kalau buat blog eh?

ok. bukan hobi yang aku nak cerita. nak cerita ni tadi aku semangatla kan nak baca blog sorang minah ni. aku da follow da minah ni. aku rasa blog dia best untuk dibaca. entri sempoi. da sebulan jugakla aku follow blog dia. aku pun klikla. tapi permission denied. lebih kurang macam nila dia tulis.

"It doesn't look like you have been invited to read this blog. If you think this is a mistake, you might want to contact the blog author and request an invitation."

apahal lak ni? minah ni tiba-tiba je kena mintak permission nak baca blog di. dulu ok je. tiba-tiba je rasa geram. orang lain punya hal. aku yang kena. kan da dia hilang sorang follower tegar.

korang penah ke jadi macam ni? aku ni bak kata mak aku memang bodoh piang pasal blog ni. taip entri je aku pandai. lain-lain hal zero. so sesape boleh tolong explain dekat aku biar hati aku ni tak fikir bukan-bukan?


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-malasla nak follow minah ni lagi. kecewa~

pressure cause = pc = process control

Posted by azack On Sunday, February 20, 2011 1 orang turut merapu

da 2 hari aku bangun awal nak pergi discussion.
semua sebab pc.

setiap malam kena pergi discussion.
semua sebab pc.

da 2 hari makan malam aku cuma burger je.
semua sebab pc.

semalam aku balik discussion pukul 3 pagi.
semua sebab pc.

baju kotor aku da penuh sebakul tak basuh.
semua sebab pc.

pagi tadi aku sembahyang subuh pukul 7.20 sebab tak dengar bunyi jam.
semua sebab pc.

aku tengok rakan-rakan tension + fed up.
semua sebab pc.

oi pc! aku da fed upla. bila nak siap tah report ni. tension!


thanks for reading!!

apa signifikannya?

Posted by azack On Friday, February 18, 2011 2 orang turut merapu

petang jumaat macam hari ni. dekat bilik bibie.

"az kalau kita nak pergi tempat tu kita kena bermalam kat tempat ni dulu" tiqa najlaa.
"tempat apa ni weh? kenapa kita kena pergi situ?" aku.
"kau tak nak pergi ke? tak nak pergi takpela" tn.
"bukan tak nak. tapi terangla dulu kat aku. tempat apa. kenapa kena pergi situ" aku.

tn tak jawab. masih sibuk klik-klik dekat facebook. aku pun tidur. agak lama jugak aku tidur dekat katil bibie tu. bangun-bangun je tn dah bersiap-siap. kemas barang. angkat beg.

"tiqa, kau nak pergi mana?" aku.
"nak pergi tempat tula" tn.
"kau betul-betul nak pergi ke? kenapa kita kena pergi situ weh? kau tak jawab lagi aku tanya" aku.

mardhiah bukak pintu bilik bibie. mardhiah pun sudah angkat beg.

"kitorang nak pergi perm rambutla kat situ. sekarang kan tengah musim perm" tn.

antara logik dan tak jawapan tn. aku telan bulat-bulat. diorang tak tunggu aku. langsung tak. gaya macam nak tinggalkan aku je. bukan diorang je. ramai. boleh kata nak dekat satu batchla. pelik. tak kan aku tinggal sorang-sorang. aku da start nak pasrah.

"sukati korangla nak pergi!" aku. marah + pasrah.

tinggal aku sorang. aku tak faham kenapa diorang tinggalkan aku. langsung tak tanya sebab ke nak tunggu aku siap-siap. menangis aku sorang-sorang. mula-mula sikit. aku lari ke jamban. cangkung sambil nangis. bila mak cik cleaner tegur, aku geleng kepala. aku nampak piza. piza pun pergi jugak. ces! makin laju je air mata. jalan lagi sorang-sorang tahan sedih. tiba-tiba.

"surprise! happy birthday! kitorang gurau je. tak tinggalkan pun. ni semua capt punya idea" tn mengexplain.

aku buat blur. main-main je ke. siap surprise party lagi. aku senyum sampai telinga.

baru je nak touching tiba-tiba aku terjaga. laa..mimpi je ke. ces! ingat sambut betu-betul tadi. baru nak touching. tapi aku nampak tn dekat meja iela. aku bangun nak cerita mimpi aku dekat dia.

"tiqa aku mimpi tadi" aku.
"aku nak cepat ni. aku nak pergi" tn.
"pergi mana?" aku.

tak jawab terus angkat beg. eh! mardiah lagi. kenapa macam sama je dalam mimpi tadi. semua orang nak pergi. pergi tinggalkan aku.

"kenapa korang nak tinggal aku sorang-sorang? korang tak kesiankan aku ke?" aku.

aku merayu tak nak bagi diorang pergi. tapi tak de yang layan. sedih lagi. sebiji macam mimpi tadi. aku nangis lagi. kali ni lebih syahdu. jalan lagi sorang-sorang. mulanya aku da terfikir mimpi tadi nak jadi betul. aku nak start senyum. tapi lama aku tunggu diorang tak datang-datang jugak. aku pun fikir balik yang mimpi tak kan jadi betul. nangis lagi. makin sedih. tiba-tiba.

"happy birthday!" tn.

ramai-ramai bawak kek. macam mimpi tadila. masih mastermind yang sama. biar betul mimpi jadi betul. tak sangka. senyum lagi. kali ni bukan sampai telinga je. mahu lebar selebar kepala aku. seronok.

tiba-tiba aku terjaga lagi. eh mimpi lagi. mimpi dalam mimpi. patutla indah semacam je. tapi tn masih dekat meja iela. tengah layan facebook. aku garu kepala tengok tn. aku bangun lagi dari katil. mahu cerita pada tn pasal mimpi dalam mimpi aku. tapi keadaan yang sama jadi. diorang pergi. aku nangis. surprise ramai-ramai. tapi masih lagi dalam mimpi. sekarang da jadi mimpi dalam mimpi dalam mimpi. biar betul mimpi ni. aku pun tak ingat berapa kali aku mimpi yang sama sebenarnya. sampaila aku sedar iela masuk bilik. baru balik dari lab. ni baru aku sedar betul. takde lagi surprise party.

ceh! pe signifikan mimpi dalam mimpi sampai entah berapa kali tu. tu macam betul-betul sangat je diorang nak sambut birthday aku. kalau betulla aku nak pesan. aku nak hadiah besar-besar. ngeh3.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-padahal tiap-tiap tahun takde orang ingat pun birthday aku. sebab semua tengah seronok cuti. sedih.

pening berganda-ganda

Posted by azack On Tuesday, February 15, 2011 0 orang turut merapu

aku direject. peh! perit tu.


thanks for reading!!