assalamualaikum..
da lama rasanya tak menulis dekat blog ni. bila baca balik entri dulu-dulu rasa macam nak gelakkan diri sendiri. aku rasa mesti orang fikir aku ni entah apa-apa. ok lepas ni aku berazam nak arkibkan terus entri dulu-dulu tu. kui3.
hari ni da 7 Ramadhan. terasa cepat sangat masa berlalu. tak terasa pun da seminggu berpuasa. orang lain seminggula. aku ni baru berapa hari entah puasa. kah3. kantoikan diri sendiri tak puasa. masa makin cepat berjalan. tapi aku masih lagi sibuk fikir masa depan yang masih kelabu. eh. aku rasa mungkin masih hitam. banyak benda aku plan. tapi semuanya macam tak berapa nak menjadi. orang lain sibuk da jadi engineer, da nak grad untuk post-grad. tapi aku masih lagi merangkak cari jalan. mak aku pun da start bising da tak tahu aku nak jadi apa. maaf emak. anakmu masih belum boleh diharap. -_-'
perancangan dua bulan akan datang aku nak sambung master. application semua da hantar. offer letter pun da dapat. tapi bila fikir balik nak sambung belajar ni pakai duit banyak rasa macam nak terbantut plan tu. lepas tu bila fikir nak kerja je takde pulak kerja nak lekat. bila tengok kawan-kawan senang je dapat kerja best-best aku terfikir apa kriteria yang kena ada untuk dapat kerja. takde beza pun aku dengan diorang tu. sijil sama dari UTM. degree pun sama. yang beza pun cuma pointer jela. tapi takdela jauh sangat pun beza pointer tu. penat aku fikir benda tak penting then aku fed up. hahaha. then aku malas nak fikir lagi. lepas tu aku masih lagi dekat tempat sama. tak berubah satu tapak pun. kesiannnnn sangat dekat diri sendiri.
aku berharap sangat sempena bulan Ramadhan ni aku dapat cahaya petunjuk yang terbaik dari Yang Dekat Atas. kawan-kawan sila doakan aku dan masa depan aku. huhu.
thanks for reading!!