hari isnin ni da start praktikal. tapi tahap kemalasan aku makin hari makin bertambah-tambah. beg pun aku tak packing lagi. hari-hari fikir nak bawa baju apa sebelum nak packing barang. tapi tak pernah dapat jawapan. dan kesimpulannya barang masih belum dipacking sampai sekarang.


dari hari isnin hari tu aku asyik fikir nak pergi melaka hari sabtu ke ahad. padahal esok da sabtu da tapi belum lagi dapat jawapan. tapi aku rasa tengok keadaan aku sekarang ni memang automatik jawapan dia hari ahad. hehe. aku memang paling tak suka buat keputusan kalau ada dua benda yang aku kena pilih. macam contoh nak makan mihun sup ke nasi lemak. nak nak pergi hari ni ke lusa. nak ikut ibu ke ayah. seriously tak suka. sebab apa? sebab aku mesti fikir macam ni. kalau buat ni jadi ni. tapi kalau buat tu dapat tu. benci. lagi satu aku tak pernah dapat jawapan yang solid. contoh macam kalau nak pergi ke tak even aku da siap semua pun aku masih lagi fikir nak pergi ke tak. gila susah aku nak buat keputusan. haih.


ok. apa yang aku melalut ni. sungguh takde kena mengena dengan tajuk. dala. aku nak fikir lagi nak pergi melaka hari sabtu ke ahad walaupun tadi macam da buat keputusan nak pergi hari ahad.




thanks for reading!!


*nota kaki rapu-sebelum buat entry ni pun aku fikir nak buat ke tak nak and even aku da taip tajuk pun aku masih lagi fikir nak buat entri ni ke tak nak. mencik!

selamat hari cikgu

Posted by azack On Tuesday, May 17, 2011 0 orang turut merapu

ok. aku tahu. da lambat sehari da. tapi pedulik apa aku. ngeh3.

aku nak ucap selamat hari guru..

buat ustazah sapina. cikgu kelas aku yang cakap dengan suara yang slow. saya mintak maaf sebab selalu kira berapa banyak 'ye dak' yang ustazah keluarkan masa mengajar quran sunnah tu. kami jadikan tu terapi hilangkan ngantuk. huhu. maaf ustazah.

buat cikgu norita. cikgu biologi yang kiut miut + putih melepak. saya pun nak mintak maaf jugak sebab selalu tidur dalam kelas masa waktu biologi. saya dirikan buku teks dan tidur dengan nyeyaknya tanpa gangguan. mungkin sebab tula biologi saya dapat c6. balasan. huhu.

buat cikgu hazrol. cikgu fizik + matematik moden yang selalu tukar kereta macam tukar baju. maaf sebab selalu cerita belakang pasal cikgu. kami cakap cikgu cover. banyak kali cikgu tak dapat nak cover dengan kami dalam kelas dan semestinya itu jadi topik perbualan kami bila balik hostel. ngeh3. dan disebabkan itu sampai sekarang tangan saya masih menggigil bila buat graf. selalu graf saya tak smooth and gigi-gigi. balasan jugak tu.

buat cikgu hairi. cikgu matematik tambahan yang selalu buat lawak tapi tak pernah ketawa. kenapa cikgu terer add math sangat. bila saya tanya soalan susah dekat cikgu mesti saya malu sebab tak sampai 5 saat cikgu da boleh jawab soalan tu dengan mudah. boleh saya pinjam otak cikgu tak? saya pun nak terer add math jugak.

buat ustaz mahmood. cikgu bahasa arab yang hari-hari buat lawak. kadang-kadang saya pernah terfikir jugak saya belajar arab ke cuma bergelak ketawa je dengar ustaz buat lawak. ngeh3. tapi ustaz memang lawakla. benda yang tak kelakar pun kami boleh ketawa. saya dapat b4 arab. kesan banyak sangat ketawa kot. huhu.

buat cikgu hayati. cikgu kimia yang macam menakutkan. cikgu memang psikola. kadang-kadang cikgu tak marah pun kami ingat cikgu marah. cikgu memang tak boleh nak jangkala. kadang-kadang masam tapi tak marah pun. tapi sebab tula kot kami takut nak masuk lab lambat-lambat. takut nak ponteng kelas. takut kalau tak siapkan kerja kena duduk depan pintu and takut nak borak dalam kelas bila cikgu mengajar. seram woo.

buat ustazah rohaya. cikgu syariah islamiah yang garang dan bersuara lantang. saya mintak maaf sebab selalu jugak tidur dalam kelas. bukan apa. selalu waktu syariah ni mesti hujung-hujung. waktu kritikal tu. lepas tu da terbayang-bayang lauk dekat dewan makan. lepas tu saya dengan muizzah selalu main chat dekat buku sebab bosan sangat. maaf ustazah. janji lepas ni tak buat lagi da macam tu. huhu.

buat cikgu latifah. cikgu bahasa melayu yang selalu je tak masuk kelas. terima kasih cikgu sebab selalu tak masuk kelas. sebab waktu bm selalunya mesti sebelum rehat tak pun sebelum balik. jadi bila cikgu tak masuk memang macam heavenla kami dapat rehat and balik awal. huhu. tapi bila cikgu masuk je mesti kami kena bersajak + bergurindam + bersyair + berlakon + bla bla. malula cikgu. kami tak ada bakat a. samad said + siti nurhaliza + wan maimunah.

buat cikgu hamizah. cikgu bahasa inggeris yang stingy. hari-hari saya cuba buat essay yang menarik. tapi tak pernah jadi  menarik pun. mesti bosan bila saya baca balik. teacher bosan tak baca essay saya? huhu.

buat cikgu yatimah. cikgu sejarah yang banyak cerita menarik. kita buat kelas sejarah waktu malam jela cikgu. lagi best kan dari buat waktu siang? huhu.

and buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dari darjah 1 sampai form 3. yang tak disebutkan nama. maaf cikgu. saya penat nak sebut sorang-sorang. hehe. tak lupa jugak cikgu sekolah agama walaupun tak habis belajar sekolah agama dulu sebab masuk asrama. cikgu-cikgu dekat matrik yang ambik giliran nak cuti pregnant. huhu. selamat hari guru jugak. terima kasih sebab buat saya jadi apa yang saya patut jadi sekarang. selamat hari guru semua.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-lecturer kira cikgu jugak tak? kalau kira selamat hari guru jugakla dekat semua lecturer saya.

something

Posted by azack On Monday, May 16, 2011 0 orang turut merapu

found this in someone tumblr...




selalu mimpi orang tu. betul ke dia nak jumpa aku? ke aku yang nak jumpa dia?




thanks for reading!!

selamat hari lahir sayang..

Posted by azack On Tuesday, May 10, 2011 0 orang turut merapu

only for you..

the most beautiful woman in the world..

happy birthday to you.. i love sooooooooo much.. not in a world i can compare with my love to you.. the only reason i can see the world is you.. nothing i can give to you to pay back what you gave to me.. i love you.. i love you.. i love you..

ibu.. orang tahu orang banyak buat salah dekat ibu.. orang tahu orang banyak sakitkan hati ibu.. orang tahu setiap kemarahan ibu tu sebab ibu sayang orang and adik-adik.. orang minta maaf tiap salah orang pada ibu.. tiap luka yang orang bagi dekat hati ibu.. tiap perbuatan orang yang da kecewakan ibu.. orang minta maaf..

orang nak ucapkan terima kasih untuk setiap bebelan ibu pada orang.. terima kasih untuk air mata ibu masa hari dapat result upsr.. kalau ibu tak nangis masa tu orang tak kan dapat kesedaran.. terima kasih jugak sebab selalu paksa orang dapat nombor 1 dalam kelas.. kalau tak orang pun tak tahu orang jadi apa sekarang.. terima kasih untuk soya buat sendiri tu sampai orang jadi putih macam ni.. hee.. terima kasih untuk setiap makanan sedap dekat rumah ni sampai orang jadi gemuk macam ni.. terima kasih untuk tepukan maut dekat punggung setiap kali waktu subuh tu.. and the most important thing is terima kasih sebab lahirkan orang dekat dunia ni.. terima kasih.. berjuta-juta ucapan terima kasih pun tak cukup untuk semua yang ibu da buat untuk orang..

selamat hari lahir ibu.. orang doakan ibu sentiasa dipanjangkan umur and sentiasa bahagia sepanjang hayat ibu.. you are a strong mom and the reason i am still standing in this world is you.. i love you and no matter what happen you will always be my queen.. semoga ALLAH kurniakan syurga untuk ibu..

~ku kan terus mencintamu sedetik lebih selepas selamanya....


thanks for reading!!