.susahnya.

Posted by azack On Tuesday, August 31, 2010 0 orang turut merapu

aku selalu je berazam dalam hati nak jadi baik. tapi selalu je tak menjadi. kadang-kadang bila da berjaya tu mesti terkandas dekat tengah jalan. aku nak jadi baik. baik macam imam terawikh semalam cakap. tapi nak buat tu tak senang macam yang beliau cakap.

aku selalu fikir benda ni. nak jadi baik kena korban. korban yang bukan sikit. tapi banyak. kadang-kadang aku cemburu bila tengok adik aku dah berjaya nak jadi orang yang baik. tapi aku. masih tertinggal dekat belakang. patut aku yang bimbing dia. tapi akula manusia yang hampeh.

pastu aku fikir lagi. nak jadi baik kena tinggalkan semua benda tak baik. lebih-lebih lagi MOHD RAZIF. kadang-kadang aku fikir aku kuat untuk blah je dari hidup dia dan halau dia dari hidup aku. tapi aku masih lagi lemah. kadang-kadang jugak aku fikir kalau aku blah apa yang jadi dekat dia. sebab dia pun mengharap teguran dari aku. walaupun aku tahu dia tak pernah ikut. aku tak nak sebab aku hidup dia jadi lebih teruk dari sekarang. tapi aku nak jadi baik. susahnya.

aku perlukan sokongan. aku perlukan penunjuk arah. aku perlukan orang yang akan bantu aku bangun kalau-kalau aku tersungkur. aku perlukan DIA. tapi layak ke aku meminta dari dia. aku terlalu berdosa.

ya ALLAH..
bantula aku..
bantula aku kembali ke jalanMU..
ya ALLAH..
andai dia yang kau cipta untuk aku..
satukanla hati-hati kami..
bantula kami kembali ke jalanMU..
tapi jika dia bukan untukku..
jauhkanla perasaan sayang ini..
jangan wujudkan dendam di hati kami..
dan bantula aku dan dia kembali ke jalanMU..


thanks for reading!!

.emo lagi.

Posted by azack On Monday, August 30, 2010 0 orang turut merapu

awak.. susahnya saya nak mesra dengan awak macam dulu. kenapa eh? kadang-kadang saya cemburu tengok kemesraan awak dengan perempuan lain. tak macam dengan saya. bila saya tengok awak dengan mereka tu hati saya macam kelapa yang kena sagat. hancur. bederai. berdarah. seperti boleh diperah macam santan.

awak.. tahu tak betapa hati saya juga menjerit-jerit ingin bemesra seperti itu. ingin dijaga seperti itu. ingin dirisau seperti itu. ingin ditunggu seperti itu. sehingga jeritan saya pun mampu memecahkan hati saya sendiri. lalu saya tampalkan selotape. biar ia bersambung balik. tapi awak tak pernah mendengar. awak tak pernah tahu. sampai bila saya nak tampal selotape dekat hati sendiri supaya awak tahu yang saya juga punya hati.

awak.. mungkin sebab kita pernah terpisah dulu. kemesraan kita pun makin pudar. perhatian awak juga makin pudar terhadap saya. saya cuba perbaiki. tapi. sekali lagi saya kena tampal selotape dekat hati sendiri. saya cuma boleh menumpang kemesraan awak dengan mereka bukan membetulkan. susah ke awak nak layan saya macam awak layan perempuan-perempuan itu? siapa saya di mata awak?

awak.. semakin banyak hari yang saya lalui semakin banyak selotape yang saya kena beli. semakin banyak juga santan hati saya boleh dibuat kari. saya seperti ingin lari dari awak dan mereka. saya semakin lemah. saya takut satu hari nanti saya tersungkur kesakitan. tapi mana harus saya lari? mana harus saya rawat hati saya yang bertampal-tampal ni? mana lagi harus saya tumpang kemesraan? mana lagi harus saya cari perhatian? bila kehadiran saya di mana pun hanyala umpama seekor semut yang dispray dengan ridsect.

oh awak.. mengertila. hati ini semakin sakit.


thanks for reading!!

.takde motif.

Posted by azack On Wednesday, August 25, 2010 0 orang turut merapu

aku memang tak benci kau perempuan. tapi tiap kali terdengar nama kau n tertengok muka kau kepala aku dok pusing-pusing. tak henti-henti ingat cerita kita dulu. sakit. memang sakit. kau tahu ke? aku tahu kita sama-sama salah. tapi aku tak boleh terima. aku tak suka nak carut dekat orang. melainkan kalau aku terlampau marah. tapi. patut ke aku carut dekat kau?

aku memang tak benci kau perempuan. tapi hati aku ni tak mampu nak flush semua cerita kita tu. cerita tu masih dekat situ lagi. degil. walau disental dengan clorox. sakit. memang sakit. kau tahu ke? sampai sekarang aku masih tertanya-tanya. masih ingat tak lagi kau cerita kita tu? marah lagi ke kau lepas terjadinya cerita tu? kalau kau tanya aku. pasti jawapan aku YA!

aku memang tak benci kau perempuan. sebab aku masih sayangkan kau. kau tahu ke aku sayangkan kau? aku tahu kau tak tahu. aku pun tahu kau tak sayangkan aku macam kau sayangkan perempuan-perempuan lain. kau tak perlu sayangkan aku perempuan. sebab kau hanya tambah kotoran degil dalam hati aku n aku tak mampu nak beli clorox banyak-banyak. harap faham..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
DAMN!! i hate this feeling!


thanks for reading!!

.cess!!.

Posted by azack On Tuesday, August 24, 2010 0 orang turut merapu

waktu buka semalam boleh pulak nampak engkau..

cess!!
aku baru je nak lupakan engkau..
makin bertambah susahla..
kau boleh gugat kesetiaan aku tahu??
pening sudah kepala otak..

aku pun tak tahu..
macam mana boleh tersuka engkau..
aku pun tak tahu..
macam mana hati ni boleh terbayangkan engkau..

aku tak nak jadi si curang..
yang dekat mulut lain dekat hati pun lain..
aku tak nak jadi si curang..
yang di hatinya bukan ada satu..

alahai..
boleh pulak engkau senyum macam tu dekat aku..
boleh pulak engkau datang dalam mimpi aku..
susah gila nak buang engkau dari hati aku..
pening sudah kepala otak..
hati aku cakap..
mahu lupakan engkau!!


thanks for reading!!

.rindu kalian.

Posted by azack On Sunday, August 22, 2010 0 orang turut merapu

kenangan tu datang lagi..
satu-satu masuk dalam kepala..
terasa nak senyum..
terasa nak nangis..
bila ingat balik semua tu..
sekarang da tak macam dulu lagi..
da tak de lagi kenangan tu..
yang ada hanya lakaran kisah baru..

aku teringat waktu tu..
waktu kalian dan aku bersahur bersama..
waktu kalian dan aku berbuka bersama..
waktu kita lunch bersama..
waktu kita dinner bersama..
walau kelas apa pun kita tercampak..
walau aras berapa pun kita terpisah..
tapi semuanya tetap bersama..
sumpah!
aku rindu..

aku masih ingat lagi..
masa kita main hujan belakang blok..
masa kita main cop tiang dekat dewan makan..
masa kita tengok water boy dekat cr..
masa kita panjat locker baju..
masa kita sama-sama kena marah..
masa kita sama-sama kena sound..
masa kita ambil result pmr..
masa kita celebrate result spm..
sumpah!
aku rindu..

aku rindu..
sumpah!
rindu gila..
kalau boleh nak bersama lagi..
ketawa..
suka suka..
riang ria..

masa terlalu cepat berlalu..
5 tahun..
aku dan kalian melakar kenangan indah..
9 jiwa 1 hati..
aku da pahat nama kalian satu-satu dalam hati..
harap kalian pun macam tu..

aku rindu kalian!!
far..
kano..
kak ngah..
zrynn..
dayah..
ajay..
aten..
uteen..
sumpah rindu!!
rindu kalian sangat-sangat!!

ya ALLAH..
KAU lindungila silaturrahim ini dari sebarang kejahatan..
kejahatan hati kami mahupun orang lain..
kukuhkanla persaudaraan kami..
hingga hujung nyawa kami..
andai ada perbalahan antara kami..
KAU damaikanla segera..
andai ada benci di hati kami..
KAU buangla segera..
agar kasih sayang ini kekal..
kekal dalam keredhaanMU ya ALLAH..

thanks for reading!!

.dari hati.

Posted by azack On Wednesday, August 18, 2010 0 orang turut merapu

Oh Tuhan
Tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Tuk mencintaiku
Dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya

Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta padamu

Aku telah menyesalinya
Semua

Oh Tuhan
Bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang telah menjadi duri
Di dalam hatinya
Dan melukai hatinya


Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta


Tolonglah
Dekat aku
Yang melukaimu
Aku ingin
Engkau tahu
Aku selalu cinta
padamu

*song from sixth sense

**aku dedicate lagu ni untuk BIBIE NARHAYU, FADILA, NURUL SAKINAH, n NURUL ATIQAH NAJLAA..lirik agak jiwang tapi sesuai kot untuk kamu-kamu..thanks for being my friends n sabar dengan kerenah aku..sorry if i did wrong..i love you all..

thanks for reading!!

.gua rock la!.

Posted by azack On Monday, August 16, 2010 0 orang turut merapu

entri ni gua memang tujukan dekat orang yang tak habis-habis suruh gua jadi macam perempuan ayu..especially ibu gua dengan hencik ajib..

hari tu berbual dekat telefon dengan hencik ajib..gua pun ngadu dekat beliau purse gua da koyak..dengan harapan supaya beliau nakla hadiahkan gua purse baru..ahaha~~tapi takde pun beliau nak belikan sebab beliau sangat kedekut..terpaksala gua yang beli sendiri..

beliau pun tanya dekat gua..

"nak beli yang macam mana?"

gua jawab..

"yang macam tula..tak nak tukar lain da..suka yang macam tu je.."

beliau cakap lagi..

"belila yang panjang tu..kan cantik.."

gua balas..

"tak nakla..macam perempuan.."

beliau cakap lagi..

"apa salahnya..da dia perempuan kan..tak salah pun kalau pakai yang panjang tu..lagi cantik..sekarang ni ada lagi ke prempuan yang pakai macam dia punya sekarang tu?"

gua jawab balik..

"tak nakla..tak sukala..ada je perempuan lain pakai macam orang punya..biala.."

lepas tu startla perbalahan gua dengan beliau..gua tak sukala benda-benda yang macam perempuan sangat ni..tak masuk dengan jiwa gua..tak rockla pakai barang perempuan sangat ni..gua rasa geli-geli..gua bukan takde handbag..ada je..tapi gila gua rasa geli nak pakai..sekali tu je gua pakai..last-last tersadai handbag tu dalam gerobok gua..

gua masih tak boleh terima lagi perubahan jadi perempuan ayu ni..setakat baju-baju yang ladies sikit bolehla gua terima..tu pun sebab ibu guala semangat sangat belikan..jadi gua pun jadi sukala..tapi yang lain-lain tu gua tak boleh terima lagi..ibu gua pun selalu je tanya bila gua nak belajar pakai lipstick blusher segala..haish..gua lemah betul..(tapi hari tu macam da terbuka hati sikit..gua beli lipstick dengan lip liner..tu je)

cukupla gua suka masak..macam perempuanla tu kan?tapi kalau nak pakai skirt-skirt ke apa..peh!gua rasa skirting dekat meja makan lagi cantik dari gua kot..gua pun lagi suka tolong ayah gua cat rumah dari tolong ibu gua jahit sembat..huish!!gua cukup lemah bab-bab menjahit ni..

jadi kepada sesapa yang nak sangat tengok gua jadi perempuan melayu terakhir harap bersabarla..gua baru sikit je terbuka hati..lama lagi nak jadi ATIQAH..sekarang gua masih selesa jadi AZACK..(nama pun da rock tak kanla gua nak jalan kepit-kepit..)ahaha~~

thanks for reading!!

*entri ni guna gua sebab nak tunjuk betapa rocknya jiwa aku ni..ahaha~~sila abaikan gambar-gambar aku dalam blog ni sebab semuanya soooooo NOT rock!!