spaghetti bolognese

Posted by azack On Saturday, October 15, 2011 2 orang turut merapu

dialog bersama Pn. Siti Zalaha (mak akula):

ibu: fifi ada call ibu hari tu. dia takde tepon kau?

aku: takde pun. dia cakap apa?

ibu: ibu tanyala kau da masuk dapur ke. dia jawab da. ibu cakap lagi bagusla tu. da belajar buat apa je. dia jawab nanti balik fifi buatkan ibu eh. fifi da belajar buat spaghetti bolognese.

aku terdiam. em. spaghetti bolognese. nampaknya lepas ni mungkin ibu da takkan pandang mi paprik aku lagi. huh. tercabar. aku belajar buat lasagna nanti. tunggula.


spaghetti bolognese-to-be fifi someday


lasagna-to-be aku someday


thanks for reading!!

duit tolong jatuh dari langit please...

Posted by azack On Tuesday, October 11, 2011 2 orang turut merapu

handset asyik buat hal je semenjak 2 menjak ni. tension! dala takde duit nak beli yang baru. huhu. nak buat derma kilat nak beli handset baru boleh tak? huhu.. bilala ayah nak baik hati + pemurah nak belikan aku handset baru ni. adeh. takde ke duit yang boleh turun dari langit??


thanks for reading!!

komunikasi berkesan

Posted by azack On Tuesday, October 4, 2011 3 orang turut merapu

kelas komunikasi berkesan tadi belajar pasal perception and lecturer ada cakap macam ni:

"persepsi kita pada orang yang kita suka selalunya betul, baik, takde langsung cacat cela. tapi kalau pada orang yang kita da tak suka apa yang dia buat semua salah semua tak betul semua tak kena even apa yang dia buat tu betul je..."

dan it's soooooo true. kenapa ek?


thanks for reading!!

penangan konvo

Posted by azack On Saturday, October 1, 2011 1 orang turut merapu

hari sabtu sampai hari isnin lepas hari konvokesyen utm ke 47. ramaila jugak rakan-rakan dan mereka-mereka yang aku kenal konvo. pendekkan cerita ramai pulak mereka-mereka yang konvo ni dapat pingat. so aku and mereka yang lain (najla, sakinah, bb and iela) pun semangat jugak nak dapat pingat bila konvo tahun depan. punyala berkobar kan. sampai nak buat apa pun mesti ingat nak dapat pingat. so dekat sini aku senaraikan sikit 'tips' kami nak dapat pingat tahun depan. memandangkan tinggal lagi 2 sem je nak kejar pingat jadi usaha kami pun agak mantap. cewah! poyo sangat kan. hahahaha.

1. merajinkan diri jumpa lecturer psm untuk dapat A+ psm. kalau dapat A+ psm boleh naikkan pointer. jadi kemungkinan dapat pingat tu da ada.

2. setiap kali balik kelas study balik apa yang lecturer ajar. tips ni mungkin nampak macam poyo sebab kitorang ada sikit malas nak buat. huhuhu. tapi walau apa pun kami cuba merajinkan diri untuk buat tu. huhu.

3. dalam kelas duduk depan sekali. kalau duduk depan sekali confirm segan nak tidur depan lecturer. jadi walau ngantuk macam mana pun mesti kena tahan. bila da tahan tu mesti dapat dengar apa lecturer cakap. jadinya banyakla ilmu dapat diserap kan untuk kegunaan masa depan.

4. mengurangkan aktiviti tak berfaedah seperti berborak lama dekat meja makan lepas habis makan. kita kena kejar masa. jadi masa-masa yang terluang tu boleh diisi dengan benda yang lebih berfaedah macam discussion ke study group ke walaupun lebih banyak borak dari study. sila jangan contohi ni.

5. merajinkan diri membaca buku ilmiah. dalam erti kata lain buku teks yang mahal tebal tula. baca untuk tambah kefahaman supaya bila orang soal kita boleh jawab tanpa segan silu. huhu.

6. aim 4.00 untuk 2 sem ni. cewah! agak poyo di situ. hahahaha....

cukupla ni kot 'tips' power dari kami. eh. ni cuma perancangan je. belum buat pun. huhuhuhu. jadi jangan tertipu sangatla bila kami kata kami serajin itu. kami masih mencari kekuatan lagi. ngeh3. doakan kami berjaya buat and dapat pingat. huhuhuhuhuhu.......


thanks for reading!!

sempat lagi ni...

Posted by azack On Monday, September 5, 2011 1 orang turut merapu

di hari raya yang ke 7 ni aku nak ucapkan selamat hari raya dekat semua. mintak maaf atas semua salah silap dan dosa-dosa terdahulu, kini dan selamanya. semoga raya tahun ni memberi sejuta makna buat semua.



thanks for reading!!

*nota kaki rapu- blog da berhabuk. nanti da balik utm aku vakum habuk-habuk ni.

macam ni pun boleh kan?

Posted by azack On Monday, July 25, 2011 2 orang turut merapu

fuhhhhhhh!!!!


tiup habuk dulu. bagi bersih sikit. bagi clear lebih. ok. cantik! da boleh mula mengarang.


aku nak mintak pendapat korang. korang yang rajin baca blog nila. patut ke tak aku buat facebook?


ok. tu jela nak taip. boleh kan macam ni? ngeh3.




thanks for reading!!


*nota kaki rapu-taip sikit-sikit bagi hilang habuk sudah.

gua da buat perkiraan. gua budget lagi 2 ke 3 minggu gua and yang lain-lain mampu menjadi penternak haiwan yang berjaya dekat melaka ni. gua memang pasti.

oh ye. gua baru ingat. ulat yang gua ternak dalam tong hitam tu da makin membesar. ulat-ulat tu pun sangat manja dengan gua main-main dekat jari gua. peh! lu orang nampak? betapa dalamnya kasih sayang seorang master terhadap ternakannya. lu orang boleh buat macam gua?

eh. gua tak lupa jugak dekat kulat-kulat gua yang semakin hijau tu. peh! dia punya hijau tu buat gua tambah sayang dekat dia. minggu-minggu lepas gua bagi dia makan nasi. semalam pulak de kawan gua baik hati bagi dia makan roti pulak. memang gemukla kulat-kulat gua tu. makin bertambah sayangla gua dekat kulat-kulat tu. muah! muah!

semut. master lu tak pernah lupa lu. gua nampak je diam. tapi gua perhati je barisan kengkawan lu jalan masuk bila kawan gua. lu memang bijak kan semut nak cari makanan. sebab tu gua rilek je tengok lu. gua yakin sangatla lu boleh cari makan sendiri. lu memang terbaik semut. kalau boleh panggilla spesies semut lain macam si api tu ke. barula perhatian gua ke lu lebih sikit. orait semut?! lu jangan nakal-nakal pulak. jangan gigit kawan-kawan gua tu. lu mintak je makanan diorang.

lipas pun gua ada ternak. habitat dia gua bagi terbaik je dekat celah-celah kabinet dapur tu. senang. sumber makanan pun banyak situ. kang kalau-kalaula si lipas tu bosan gua izinkan je dia merayap satu rumah. ambik udara segar. gua memang rilek je dengan ternakan gua. barula ternakan gua pun sayang gua lebih. ye dak?

ok. tu jela kot buat masa ni ternakan yang gua ada. gua berhajat memang nak tambah lagi ternakan yang lain. gua tengah cari ternakan yang sesuai. gua bagi tahu awal-awal. gua tak kan jual ternakan gua ni. gua sayang gila. jadi sesiapa yang berhajat nak beli tu elok lupakan jela. gua nasihat lu orang bela sendirila. barula boleh datang kepuasan yang maksimum.


thanks for reading!!

*nota kaki rapu-sesiapa tak faham boleh q & a session dengan gua on phone.